Ibu hamil pun boleh bergaya. Nak tau tip? Meh baca ni?

Bila perut semakin besar, banyak baju dengan seluar dah tak muat kan. Bukan pe, kalau dipakai jugak, confirm rasa tak selesa lagi-lagi area perut. Senak rasanya oii. 

Tapi, jangan risau. Zaman sekarang ni memang banyak dijual pakaian yang sesuai dengan ibu hamil, tak kira dijual secara online atau offline. Siapkan wang je, hihi.

So, korang nak tau tip tak macam mana nak pilih pakaian yang sesuai untuk korang yang sedang berbadan dua? Ini dia.

Ibu hamil pun boleh bergaya. Nak tau tip? Meh baca ni?
Ibu hamil pun boleh bergaya. Nak tau tip? Meh baca ni? Gambar diubahsuai dari carian Google. 


  1. Pilih baju yang memang khas untuk ibu hamil sebab baju sebegini memang direka khas untuk keselesaan golongan ini.
  2. Pilih pakaian yang sesuai dengan bentuk badan. Jangan pilih pakaian yang terlalu besar atau terlalu ketat untuk lebih selesa.
  3. Pemilihan fabrik juga penting. So, kena alert jugak pasal ni. Antara yang sesuai adalah jenis kapas dan likra. 
  4. Untuk nampak lebih 'langsing', pilih warna pakaian dengan warna gelap termasuklah hijau dan coklat, pun ok jugak. 
  5. Untuk pemilihan seluar pulak, sebaiknya pilih seluar yang mempunyai getah atau tali boleh paras. Ia penting untuk keselesaan terutama pada bahagian perut yang semakin membesar. 
  6. Untuk pemilihan pakaian dalam, pilihan yang sesuai dan elak memakai terlaku ketat. 

Oh ye, lagi satu ibu hamil sebaiknya mengelakkan memakai kasut bertumit tinggi sebab ia boleh memudaratkan kesihatan korang. 

Pilih kasut yang sesuai dengan tapak kaki korang, dan yang penting selesa. Bagi mereka yang bertudung, pilihlah tudung yang labuh dan menutup bahagian dada sebab proses kehamilan menyebabkan payudara semakin membesar. 

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (449) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews