Bagi seorang pesakit kanser tiroid khasnya, mesti dah sangat familiar kan dengan rawatan Radioiodine ni kan.
Biasanya, lebih kurang 2 bulan lepas operation total, mereka yang telah didiagnosis kanser tiroid mesti menjalani rawatan ini untuk membunuh sel kanser yang mungkin tertinggal selepas pembedahan dijalankan. Benda kita tak nampak kan.
Macam diri cikla sendiri, Cikla dah buat rawatan ni 3 kali, sekali dose tinggi (100 mci) dan dua kali dose rendah (10 mci). Last rawatan pada Ogos 2018. Sekarang dah clear, tapi masih ada clinic review di IKN 6 bulan sekali.
Berbalik kepada rawatan Radioiodine ni, apakah sebenarnya rawatan ni, dan apakah garis panduan yang pesakit kena ikut sebelum, dan semasa menjalani rawatan ini.
Ye betul, cikla dah banyak kali share benda ni sebelum ni, tapi tak salah kot hal yang penting ni diulang supaya terus ingat sebab hal yang melibatkan radiasi ni penting untuk difahami sebaiknya.
Info Fakta : Garis panduan untuk pesakit menerima rawatan Radioiodin i-131. Gambar dari carian Google. |
Pada korang yang tak tau, rawatan Radioiodin adalah rawatan yang telah digunakan sejak dari dulu lagi untuk merawat penyakit tiroid.
Waluaupun kedengaran macam uishh iodin, radiasi tak bahaya ke, seriously rawatan ini adalah selamat dan berkesan.
Akan tetapi, semasa rawatan ini dilakukan ada beberapa langkah keselamatan yang perlu diambil kira supaya orang yang berada disekeliling korang tak menerima dedahan kecil kesan dari radiasi yang 'dipancarkan' dari badan dan cecair korang.
Ada yang bertanya, berapa lama pulak radioiodin akan berada dalam badan korang selepas minum?
Untuk pengetahuan korang, radioiodin berada dalam badan korang untuk jangka masa yang singkat.
Kebanyakan radioiodin yang tak pergi ke tisu tiroid akan disingkirkan dari badan korang beberapa hari pertama selepas korang minum, dan ia disingkirkan melalui air kencing (urine), dan ada sebahagiannya melalui air liur (dalam jumlah yang kecil), peluh dan najis.
Dedahan radiasi boleh dikurangkan dengan mengekalkan jarak yang munasabah di antara korang dengan orang sekeliling termasuklah singkatkan masa pertemuan dengan orang lain.
Uishh, kalau cikla tak payahlah sibuk-sibuk nak jumpa orang. Duduk je diam-diam dalam bilik kuarantin tu.
Antara garis panduan yang korang kena ikut adalah seperti berikut:
8 jam pertama.
- Minum segelas air pada setiap jam dan gunakan tandas sekerap mungkin. Makna kata, lebihkan minum air supaya korang akan kerap buang air, so that ia dapat membantu menurunkan kesan radiasi iodin yang korang minum. Kalau lelaki adalah disarankan korang buang air dalam keadaan duduk untuk mengurangkan percikan. Bersihkan kot kot ada air kencing yang terpercik pada mangkuk tanda dengan menggunakan tisu tandas dan pam tandas sebanyak dua kali. Jangan lupa basuh tangan dan bilas singki.
- Kalau terpaksa berhadapan dengan orang, kekalkan jarak orang dengan mereka sekurang-kurangnya 1 meter. Sebaiknya, lepas minum tu korang drive sendiri balik ke rumah (kalau kena kuarantin kat rumah). Kalau korang tak boleh drive sendiri, pastikan masa dekat dalam kereta tu korang duduk di tempat sejauh mungkin dari pemandu. Tapi ingat, korang sangat tak digalakkan naik kenderaan awam .
2 hari yang pertama.
- Jangan berkongsi cawan, gelas, pinggan atau apa saja peralatan dengan orang lain. Lepas dah guna, basuh semuanya dengan bersih. Orang lain boleh guna peralatan tu selepas di basuh bersih. Tapi, bagi cikla tak payahlah dulu kan. Guna memasing punya. Lagi selamat.
- Jangan berkongsi tuala dan basuhan pakaian.
- Lepas guna tandas, pam sebanyak dua kali dan jangan lupa bilas singki dan tab mandi (kalua ada tab mandilah).
- Basuh tuala, cadar, seluar dalam atau mana-mana pakaian korang yang terkena air kencing atau peluh. Kalau cikla, dah habis kuarantin nantilah basuh semua sekali. Masa kuarantin tu kumpulkan je pakaian yang dah digunakan.
Minggu pertama:
- Perancangan perlu dilakukan dengan orang lain kalau korang mempunyai anak kecil termasuklah baby.
- Sebaiknya tidur bersendirian 8 hari kecuali ada sebab-sebab tertentu yang tak dapat dielakkan.
- Elak dari melakukan sentuhan fizikal termasuklah bercium dengan orang lain. Pastikan jarak dikekalkan sekurang-kurangnya 1 meter dengan pregnant women dan kanak-kanak.
- Elak dari melakukan aktiviti yang memerlukan korang berdekatan dengan orang lain. Alahhh, duduk je la diam-diam dalam bilik kuarantin tu. 8 hari je kot.
Untuk ibu yang menyusukan anak dan perlu buat rawatan ini, korang kenalah memberhentikan penyusuan 6 minggu sebelum rawatan.
Lepas dah habis kuarantin, korang tak boleh nak sambung balik menyusukan anak tapi korang boleh menyusukan anak pada masa akan datang dengan selamat.
Maksudnya, manalah tau korang dapat baby lagi, haa time tu korang boleh susukan anak korang tu.
Oh ye, ibu mengandung tak boleh buat rawatan ni. So kalau korang syak korang pregnant kena bagitau doktor tau.
Kalau nak pregnant, korang kena tunggu 6 bulan ke atas lepas rawatan dibuat dan pastikan hormon korang berada pada paras yang normal. Apa-apa dapatkan nasihat doktor, itu lebih baik.
Info Fakta : Garis panduan untuk pesakit menerima rawatan Radioiodin i-131. Gambar adalah dari carian Google. |
Pada yang pertama kali minum, meh cikla share cara-cara nak minum iodin ni.
- Bila dipanggil, sila bagitau nama penuh korang.
- Serahkan kad merah iodin pada pegawai farmasi yang bertugas.
- Ambil satu penyedut minuman (straw).
- Pegawai farmasi akan mengalihkan penutup putih bekas yang berisi larutan iodin. Korang masukkan straw yang korang ambil tadi dalam bekas itu.
- Tanpa menyentuh atau memegang bekas atau straw tersebut, korang minum iodin tu sampai habis.
- Pegawai farmasi akan menambah sedikit air.
- Minum sekali lagi sampai habis. Jangan sentuh atau pegang bekas dengan straw tu ye.
- Biarkan bekas tu di situ dan korang keluar dari tempat berkenaan mengikut laluan yang disediakan.
Kredit Institut Kanser Negara.
No comments:
Post a Comment