9 March 2020

Kaki hiking kena baca ni. 5 lokasi best sesuai untuk aktiviti mendaki.

Rasanya dah jadi trend orang beriadah dengan cara hiking atau aktiviti mendaki. Selain dari join marathon, jogathon, run fun dan lain-lainlah. 

Betul kan, lagi lagi mereka yang sukakan kehijauan, keindahan alam semulajadi dan bunyi bunyi unggas yang mendamaikan. Tenang jiwa kan. Fresh gitu. 

Kepuasan tu memuncak bila berjaya hiking sampai ke puncak. Perghhh, perasaan dia susah nak gambarkan.

So, korang yang gila hiking meh cikla nak share 5 lokasi best yang sesuai untuk hiking. Mungkin korang pernah pergi sini atau tak kan. Jom check satu-satu.

Bukit Kutu, Selangor.

Kaki hiking kena baca ni. 5 lokasi best sesuai untuk aktiviti mendaki. Kredit gambar dari Google. 

Ada yang pernah hiking kat sini tak? Kalau korang nak tau, dulu tempat ni dikenali sebagai Treacher's Hill, tapi sekarang dah bertukar nama dengan nama Bukit Kutu. 

Tempat yang terletak di Kuala Kubu Bahru ni dan berketinggian di paras 1090 meter dari aras laut semakin menjadi tumpuan para hiking. 

Wahh, tinggi jugak kan. Dah setaraf dengan gunung kan ketinggian dia. Selain itu, ia dikatakan ia mengambil masa kira-kira 4 jam untuk sampai ke puncaknya. 

Oh ye, mengikut sejarah dulu-dulu, tempat ni dikatakan menjadi Stesen PemantauanTentera British yang dibom oleh Jepun masa perang dunia kedua. 

So, lepas kejadian tu pihak British menjadikan tempat ni sebagai salah satu pusar peranginan. Percaya atau tak, sampai sekarang ni masih ada kesan pening Alan iaitu rangka banglo lama dekat sini. 

Bukit Tabur, Kuala Lumpur. 

Kaki hiking kena baca ni. 5 lokasi best sesuai untuk aktiviti mendaki.
Kaki hiking kena baca ni. 5 lokasi best sesuai untuk aktiviti mendaki. Kredit gambar dari Google. 

Bukit ni juga dikenali sebagai Bukit Hangus. Tempat ni sering menjadi pilihan para hiking dan best jugak, sebab kita boleh nampak Lebuh Raya Lingkaran Tengah Dua (MMR2) dengan clear dari puncak bukit ni. Bukit ni berketinggian 396.2 meter, mempunyai 5 puncak dan terletak 20 meter dari pusat bandar Kuala Lumpur. 

Tempoh pendakian pergi dan balik dianggarkan dalam 6 hingga lapan jam. Manakala lokasi tumpuan utama di situ adalah The Dragon's Backbone, Empangan Klang Gates dan Bukit Melawati. Memang cantik pandangan dari puncak bukit ni. Korang mesti suka punyalah! 

Bukit Broga, Semenyih. 

Kaki hiking kena baca ni. 5 lokasi best sesuai untuk aktiviti mendaki.
Kaki hiking kena baca ni. 5 lokasi best sesuai untuk aktiviti mendaki. Kredit gambar dari Google. 

Haa, tempat ni dah popular kot sebab dah familiar sangat dah nama dia sebab selain dari hiking orang suka berfotografi di sini. Maklumlah tempat cantik kan. 

Bukit ni berketinggian 400 meter dari paras laut dan memang sesuai untuk korang yang baru nak berjinak jinak dalam dunia hiking ni. 

Budak-budak baru nak up ler gamaknya tu. Hehe. Lokasi dia, dia terletak di timur Pekan Semenyih dan sejauh 4 km menghala ke Broga. 

Time nak sampai puncak bukit pula depend pada stamina memasing. Kalau korang jenis yang tough, cergas, pantas cepatlah sampai ke puncak nun. 

Lebih kurang 20 minit gitu dah boleh sampai atas. Kalau korang jenis yang 'ala-ala' kan, 45 minit lebih kurang baru sampai kat puncak. 

Bukit Keluang, Terengganu. 

Kaki hiking kena baca ni. 5 lokasi best sesuai untuk aktiviti mendaki.
Kaki hiking kena baca ni. 5 lokasi best sesuai untuk aktiviti mendaki. Kredit gambar dari Google. 

Bukit ni terletak 4 km dari pekan Kuala Besut yang berketinggian 346 m dari paras laut. Ia digemari oleh para pencinta hiking dan pencinta alam semulajadi sebab pemandangan alam dari puncaknya sangat memukau sukma. 

Kecantikan alam dari atas bukit ditambah lagi dengan pemandangan landskap pantai dan laut yang membiru. Perghh teruja wehh! 

Oh ye, bukit ni mempunyai 2 pintu penerokaan bagi mereka yang nak memulakan aktiviti pendakian adalah sama ada dari kawasan lapang parkir kenderaan atau menyelusuri lokasi atau tempat di belakang bukit. 

Bukit Batu Lebah, Melaka. 

Kaki hiking kena baca ni. 5 lokasi best sesuai untuk aktiviti mendaki.
Kaki hiking kena baca ni. 5 lokasi best sesuai untuk aktiviti mendaki. Kredit gambar dari Google. 

Wah, nama bukit ni cikla first time dengar. Unik kan nama dia. Bukit ni dikategorikan juga sebagai hutan rekreasi yang sesuai untuk aktiviti pendakian. 

Lokasi dia berdekatan dengan Gua Reban Ayam di daerah Jasin dengan jarak ya 16 km dari pekan Jasin. Bukit ni berketinggian hampir 600 m dari paras laut. 

Apa yang menarik, landskap alam semulajadi dekat situ memang cantik dan ori. Kiranya tak terjejas lagilah keindahan flora dan fauna dia. Syok kan! 

So, pada korang peminat hiking yang belum pernah ke tempat yang cikla share dia, jom terjah sana. Pasti tak menyesal tau. 

Let's hiking! 

Kredit Ruangan SINARPLUS, RIADAH. 

3 comments:

  1. Yeay Bukit Keluang pernah naik! hihi

    ReplyDelete
  2. bestnya aktiviti hiking...spend time dgn kwn2 utk aktiviti berfaedah

    ReplyDelete
  3. broga jer aida da naik.
    asben aida bkt kutu dia baru naik disember lepas.
    and bkt batu lebah tu - tak tau pun.
    if inform asben ni, mahunya weekend ni dia gi kot :)

    ReplyDelete