Sungguh cepat masa berlalu. Kita sudah pun berada di hari terakhir tahun 2014. Alhamdullillah kerana kita masih diberi kesempatan untuk menikmati hidup ini. Cikla percaya sepanjang tahun 2014 ini berbagai kisah yang kita lalui kan? Tak kira kisah suka mahupun duka.
Ya, sememangnya 2014 meninggalkan pelbagai kisah terutama kepada negara kita yang tercinta ini. Kisah yang paling memilukan adalah kisah kehilangan pesawat MAS, MH370 yang sehingga kini ghaib entah ke mana.
Kemudian, tragedi yang menimpa MH17, yang mengorbankan banyak nyawa dan yang paling terbaru tragedi yang menimpa pesawat Air Asia Indonesia. Tak lupa juga peristiwa banjir yang terburuk terutamanya di negeri-negeri pantai timur. Sesungguhnya, semuanya pasti ada hikmah, dan hanya Allah yang mengetahui.
Welcome 2015! |
Bagi diri cikla sekeluarga, cikla bersyukur kerana masih diberi waktu untuk melalui hari seterusnya. Sejujurnya, memang tahun 2014 memberi kenangan manis masam pahit payau kepada kami sekeluarga. Kenangan manis tentunya lahirnya putera cikla Ahmad Ammar Rizqie.
Kenangan yang kurang manis pulak adalah perginya makcik cikla ke rahmatullah. Semoga rohnya ditempatkan bersama dengan orang beriman. Aamiin. Tak lupa jugak, pengalaman cikla berkampung di hospital selepas melahirkan baby Ammar.
Apa yang penting semua kenangan pahit manis memberi kita ikhtibar dan pengajaran kepada kita menjadi yang lebih baik.
Selamat Tahun Baru 2015. Tahun baru, azam baru. InsyaAllah.
inshaAllah .semoga tahun 2015 akan banyak detik2 manis dan terus berjaya :) amin
ReplyDeleteAmin....
Delete