Sebelum cikla kelupaan dan story ini menjadi basi, nak nak pulak kebetulan cikla ada masa nak update blog ni, cikla nak share aktiviti cikla bersama keluarga hujung minggu lepas. Manalah tau mungkin korang teringin dan pernah pergi ke sini.
Baiklah, meneruskan penceritaan cikla ini, sebenarnya ini pertama kali cikla sekeluarga masuk ke sini. Walaupun stay kat banting, tapi kami belum berkesempatan beriadah di sini. Jadi, inilah masa yang sungguh sesuai. Kebetulan suami cikla dapat tiket, so apa lagi. Jom!
Sebenarnya menarik juga kat sini, terutama untuk budak-budak. Memang terujalah. Tengok aje anak-anak cikla, sampaikan anak-anak cikla nampak macam konfius je nak main yang mana satu. Hehe. Budak-budak biasalah. Excited bebenor, lawak je cikla tengok.
Berikut adalah antara "aksi-aksi" anak-anak cikla. Termasuklah ayahnya sekali. Cikla dengan baby Ammar jadi cameraman je, eheheeee.
Gold Coast Theme Park, Morib, Banting, Selangor.. |
Gold Coast Theme Park, Morib, Banting, Selangor. |
Gold Coast Theme Park, Morib, Banting, Selangor. |
Selain dari itu, bersebelahan dengan kawasan theme park tu, ada satu kawasan untuk budak-budak bermain kereta mainan.
Yang ni tak termasuk tiket. Kena bayar lain. Tak silap cikla, RM10 untuk 15 minit. Memang agak mahal. Dahlah pusing-pusing area situ je. Tapi, takpelah, bagi "can" kat anak-anak. Yang penting mereka enjoy.
Gold Coast Theme Park, Morib, Banting, Selangor. |
Sebenarnya banyak pilihan "kenderaan" yang boleh dipilih. Kereta ada, motor pun ada. Tapi, anak cikla pilih jeep dengan kereta. Kereta ni boleh dipandu sendiri.
Macam anak cikla yang kedua tak pandai bawa sendiri, so terpaksalah ayahnya control untuk dia.
Selain itu, siapa yang nak merasa menunggang dinasour pun ada kat sini. Tapi, dinasour mainanlah. Giler apa nak tunggang dinasour betul. Nak kena ngap, hehe. Bayarannya pun sama, RM10 untuk 15 minit.
Tapi, cikla rasa puaslah sikit naik car dari dinasour sebab pergerakan dinasour ni punyalah slow motion, cikla agak dalam 10km/j kot. Hehe.
So, anak-anak cikla hanya ber"posing" je dengan dinasour ni. Lain kalilah ye nak oii kalau nak menonggangnya.
Gold Coast Theme Park, Morib, Banting, Selangor. |
Have fun here.
Budak2 memang suka main air..
ReplyDeleteKan... memang sampai kecut2 dibuatnya... hehe
Deletewahhhh bestnya :)
ReplyDeleteJemputlah datang sini.. hehe
Delete