Ajarkan sedari kecil....

Anak oh anak. Cikla percaya siapa yang ada anak mesti kadang-kadang macam pening kepala mengadap kerenah anak yang berbagai-bagai corak. Ada yang begini, ada yang begitu. Yang kakak begitu, yang adik pulak begini. Haishhhh.

Kadang-kadang terfikir jugakkan mak abah kita dulu anak bukan seorang dua. Paling sikit pun 6 orang. Tu paling sikit tu. Diaorang steady je dalam menguruskan anak-anak mereka. Macam cikla sendiri, adik-beradik cikla pun ada enam. 

Memang tak dinafikan dikalangan kami adik-beradik macam2 kerenah kami. Alhamdullilah kami dibesarkan dengan baik sekali, cukup serba-serbi ilmu dunia dan akhirat.

Bagi cikla sebenarnya semuanya seharusnya dimulakan sedari kecil. Bak kata orang, melentur biarlah dari rebungnya. Tapi, rasanya cara orang dulu dengan orang sekarang mendidik anak-anak mereka berbeza. 

Ajarkan sedari kecil....
Ajarkan sedari kecil.... Kredit Google.

Cikla takdelah cakap yang cikla terror dalam bab didik-mendidik anak ni. Kadang-kadang cikla temper gak dengan kerenah anak-anak cikla (sabar jelah kan). Rasanya kita kena jugak jadikan guideline apa yang mak pak kita ajar masa kita kecil-kecil dulu.

Bagaimana cara menghormati orang lain, menghormati hak orang lain dan adab2 bila bertutur dengan orang yang lebih tua. 

Itu belum lagi tatacara menjaga batas pergaulan dan tingkah-laku bila terpaksa berdikari sendiri. Ni kes untuk anak-anak yang tinggal berjauhan dari keluarga.

Memang anak-anak cikla kecil-kecil lagi, tapi tak dinafikan kekadang cikla risau gak bila diaorang bergaul dengan budak-budak yang 'ligat' sikit. 

Bukan apa, takut terpengaruh. Lagipun, kanak-kanak macam ni mudah terikut-ikut. Tak kira yang baik atau sebaliknya. 

Ajarkan sedari kecil....
Ajarkan sedari kecil.... Kredit Google. 
 
Marilah sama-sama kita mendidik anak-anak kita (pada yang punya anak) supaya mereka membesar dalam suasana yang positif. Mudah-mudahan bila besar nanti mereka akan menjadi insan yang berguna. Aamiin.

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (447) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews