Kenapa kita tak digalakkan minum air lemon terlalu kerap?

Memang tak dinafikan akan khasiat air lemon terutama yang di minum dalam keadaan hangat. Air lemon hangat dikatakan mampu membunuh dan menyahaktifkan sel kanser. 

Manakala, air lemon sejuk pula kaya dengan vitamin C yang bagus untuk kesihatan.

Selain itu, ada juga yang menjadikan air lemon sebagai menu diet detoks mereka sebagai usaha untuk menurunkan berat badan. 

Lagipun, air lemon mengandungi sumber nutrien yang diperlukan oleh badan kita seperti vitamin C, potassium dan fibre. Itu sebabnya ia sangat bagus dijadikan sebagai menu diet seharian.

Ye, memang betul air lemon boleh membantu usaha tersebut, tapi jika ia terlalu berlebihan akan memberikan kesan buruk juga. Nak tau apakah kesannya? 

Apa yang penting, dapatkanlah nasihat doktor sebelum mengamalkannya.

Kenapa kita tak digalakkan minum air lemon terlalu kerap?
Gambar di ubahsuai dari carian Google. Kenapa kita tak digalakkan minum air lemon terlalu kerap?

Apakah kesan sampingan kalau kita minum air lemon secara berlebihan?

Hakisan gigi berlaku.
Jika kita meminum air lemon terlalu kerap dan berlebihan, ia akan menyebabkan enamel gigi kita terhakis. Iyelah kan, air lemon kan bersifat asid. Memang inilah penyebabnya. 

Selain itu, gigi kita akan bersifat lebih sensitif kepada makanan sejuk mahu pun panas.

Ye, yang ni memang cikla alami. 

Adoi, memula tu tak terfikir sebab kerap minum air lemon. Tapi, bila terbaca pasal ni, memang betullah. Lepas tu, gigi jadi super sensitive. Kalau minum air sejuk, mak aiii memang ngilu gila. 

Even, gosok gigi pun sama. Sekarang memang cikla dah jarang-jarang minum air lemon walaupun masih mengamalkannya. Dua minggu sekali gitu baru minum. Memang kena selalu jumpa dentist lah jawabnya lepas ni. Huhu!

Heartburn atau pedih ulu hati.
Meminum air lemon terlalu banyak boleh menjadi penyebab kepada rasa pedih ulu hati atau heartburn

Kalau korang memang selalu merasa pedih ulu hati ni walaupun tak meminum air lemon, ia akan menjadikan keadaan menjadi lebih worse bila minum air lemon pula.

Untuk pengetahuan korang, pedih ulu hati berlaku bila sphincter oesophageal, yang berada di antara esofagus dan perut korang tak berfungsi dengan baik, dan ia akan menyebabkan asid dari perut bergerak kembali ke esofagus. 

Ini dikenali sebagai refluks. Kalau korang nak tau juga, heartburn turut dikenali  sebagai refluks asid.

Bila ini berlaku, ia akan menyebabkan dada korang rasa macam terbakar dan of course sakitlah kan. 

So, jalan terbaik untuk elakkan ini berlaku elakkan mengambil makanan dan minuman bersifat tinggi asid.

Kesan diuretik (diuretic effect).
Walaupun keadaan ini jarang berlaku, tapi masih berisiko untuk terkenanya. Macam kita tau, lemon memang kata dengan vitamin C atau acid ascorbic. 

Kedua-duanya, akan menyebabkan penghasilan urin di dalam ginjal meningkat. Ini akan membantu badan kita menyingkirkan lebihan cecair dan natrium dengan lebih cepat. Kesannya, kita akan rasa dehidrasi. 

So, hadkan jumlah jus lemon yang ditambah dalam minuman korang.


Kenapa kita tak digalakkan minum air lemon terlalu kerap?
Kenapa kita tak digalakkan minum air lemon terlalu kerap? Kredit Google. 

Bagi cikla, apa yang penting semuanya biarlah berpada-pada. Janganlah terlalu berlebihan. Jangan nanti, kebaikan yang kita dambakan, tapi keburukan pula yang kita dapat.

Kredit SINI

22 comments:

  1. Oooo now SA dh tau penyebab SA kena heart burn dan dan membawa terus ke hypertension dan heaet attack...thanks atas perkongsian ini...now dh x leh amalkan dh lemon ni ni selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Cikla pun baru tau jugak. Mmg lately, gigi rasa ngilu dan kdg2 kena heartburn jugak. Tp skng dh stop dulu minum air lemon...

      Delete
  2. betul lah tu, tapi orang yang mmg nak kurus sangat sangat kan mesti banyak dorang cakap minum ni padahal tak elok sangat huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, selalu org diet dan detoks mmg ambil lemon

      Delete
  3. Alamak Fatina pun selalu minum air lemon..Nampaknya lepas ni kena kurangkan lah minumnya. Thank you for sharing Cikla :)

    Fatina Mudz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikla pun sblm ni ambik lemon suam. Sblm breakfast. Perut tak sakit, tp itulah kalah dekat gigi pulak. Ngilu lately. Skng mmg dh jarang ambil air lemon.

      Delete
  4. terima kasih sharing. paling penting kita ambil dalam kadar yg bersederhana. kan? :)

    ReplyDelete
  5. Sedih bila diri dah makin sensitif dengan obses detox lemon ni. dah stop laa. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin boleh cari resepi detoks selain dr lemon kan.

      Delete
  6. minum berpada pada , setuju tu cikla.

    ReplyDelete
  7. betul la. this applies to almost everything yang kita consume/makan. semua benda kena moderate.

    Myra | The Grey Lines Between

    ReplyDelete
  8. Lemon ok tuk detox tp lagi sakit if kena heartburn. Tu lah yg dh berhenti a while minum

    ReplyDelete
  9. patutla bila minum air lemon ni gigi rasa something je

    ReplyDelete
  10. Setiap pagi memang akan minum lemon (campur dengan air masak biasa je) setakat nie memang tak ada masalah.lepas baca info nie kena kurangkan minum air lemon...btw MN minum lemon bukan untuk detox tau

    ReplyDelete
  11. Saya bila refluks,saya amalkan minum lemon panas.. Alhamdulillah sangat melegakan.

    ReplyDelete
  12. serious la. dah la saya hari² amal kan lemon nie. tiap pagi, waktu perut kosong mesti minum lemon segelas. part gigi tu betul la. mmg ad rase sakit sekarang nie. haha. btw, tq 4 sharing.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.