Ikan kembung masak sambal lada hitam, mudah dan sedap!

Sebenarnya dah blur nak masak apa. Maka, terciptalah masakan ini. Haha. Masuk itu masuk ini, kacau kacau dah siap. Janji sedap kena dekat tekak kan. Resepi ni lebih kurang resepi ayam lada hitam. Cumanya, 'watak utama' dia, ayam cikla ganti ikan. Dah jadi dah. Kalau korang nak try resepi ni, meh cikla share dulu bahan-bahannya ya. Senang je!

Ikan kembung masak sambal lada hitam, mudah dan sedap!
Ikan kembung masak sambal lada hitam, mudah dan sedap! 

Bahan-bahannya :

6 ekor ikan kembung. 
1 labu bawang besar/Holland (potong bulat). 
1 cawan air asam jawa.
Garam, serbuk kunyit dan minyak secukupnya. 

Bahan kisar :

2 biji bawang merah.
4 ulas bawang putih. 
1/2 inci halia.
3-4 sudu besar lada hitam. 
Sedikit air.

Cara nak buat : 
  1. Ikan kembung yang dibersihkan, diperap sekejap dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Selepas itu, goreng ikan sehingga garing sedikit. Angkat dan toskan minyak. Ketepikan. 
  2. Luakkan sedikit minyak gorengan ikan tadi dan tumis bahan kisar sampai naik bau. Kemudian, masukkan bawang yang dipotong bulat dan air asam jawa. Taburkan garam dan perasa jika perlu. Kacau rata dan sesuaikan rasa. 
  3. Last sekali, masukkan ikan goreng tadi dan gaul. Biarkan sekejap, tutup api dan boleh dihidangkan.
Ikan kembung masak sambal lada hitam, mudah dan sedap!
Ikan kembung masak sambal lada hitam, mudah dan sedap! 

Ikan kembung masak sambal lada hitam, mudah dan sedap!
Ikan kembung masak sambal lada hitam, mudah dan sedap! 

Senang je kan. Memang sedap kalau makan lauk ni dengan nasi panas-panas. Kalau boleh buat berkuah sikit, lagi best. Oh ye, kalau korang nak guna ikan lain pun boleh juga. Lepas makan gerenti peluh jantan semua keluar. Sihat badan. Hehe.

4 comments:

  1. klu myra selalunya sampai step goreng tu je. hehe okay weekend ni nak try up sikit lg mcm ni.

    Myra | The Grey Lines Between

    ReplyDelete
  2. Pernah masak ala-ala gini tau Kak Ila tapi guna ikan pari. Auni lebihkan asam jawa. Kalau sejenis tak selera makan tu, sedap lah juga lauk macam ni kan :)

    ReplyDelete
  3. Uish.. lain dari yang lain nie.. nampak mengancam..

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (59) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews