Telur hancur cheese!

Kadang-kadang makan ikan ayam hari-hari jemu juga kan. Sesekali tukar menu, walaupun menu yang simple pun ok juga. Memang kita selalu buat telur dadar kan, tapi kali ni cikla nak share telur dadar lain macam sikit. Cikla letak cheese dekat dalam dia. Jom tengok macam mana cikla buat!

Telur hancur cheese!
Telur hancur cheese! 

Bahan-bahannya :

6 biji telur ayam. 
3 keping cheese (kalau korang nak guna cheedar atau mozzarella pun ok juga, potong kecil). 
1 biji bawang merah (cincang). 
1 biji cili merah (buang bijinya dan cincang). 
Sedikit minyak dan garam.

Cara nak buat :

Pecahkan telur dalam bekas yang sesuai. Kemudian, masukkan bawang merah bersama cili merah dan cheese. Taburkan garam secukupnya. Kemudian, pukul telur bersama bahan tersebut sehingga sebati. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak. Bila minyak dah panas, masukkan adunan telur tadi dan kacau telur sehingga hancur. Kuatkan sedikit api. Gaul rata telur sehingga masak sepenuhnya. Tutup api, dan bolehlah dihidangkan bersama nasi panas. Makan dengan roti sandwich pun sedap!

Telur hancur cheese!
Telur hancur cheese! 

Telur hancur cheese!
Telur hancur cheese! 

Senang sangat kan? Selamat mencuba!

2 comments:

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (59) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews