Apa tanda kencing manis peringkat awal? Jom baca info ini.

Rasanya penyakit kencing manis bukanlah penyakit yang jarang kita dengar. Dah biasa kot kan. Mengapa agaknya semakin banyak orang menghidap kencing manis? 

Entahlah, bagi cikla tepuk dada tanya diri. Macam mana gaya pemakanan kita dan aktiviti kita seharian kita.

Sebenarnya, penyakit ini boleh dikesan awal dengan memastikan simptom-simptom yang wujud pada kita. Bukan apa, kalau kita dapat detect dari awal, InshaAllah ia masih boleh dikawal dan tidak menjadi lebih teruk. 

Oleh itu, adalah amat penting untuk kita sentiasa alert pada perubahan yang berlalu pada diri kita. Kalau ada apa-apa yang meragukan, cepat-cepat dapatkan rawatan doktor. 

Apa kita kita check apakah simptom atau tanda mungkin kita menghidapi kencing manis tanpa kita sedari.

Apa tanda kencing manis peringkat awal? Jom baca info ini.
Gambar diubahsuai dari carian Google. Apa tanda kencing manis peringkat awal? Jom baca info ini. 

Berikut merupakan simptomnya.

Selalu membuang air kecil dan selalu rasa dahaga. 

Ini kerana ia disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi dalam darah, maka air akan ditarik masuk ke dalam aliran darah dan kemudiannya disalurkan ke pundi kencing. Kesannya, seseorang itu akan kerap membuang air kecil daripada kebiasaannya. Selain itu, kebanyakan air yang telah disalurkan menjadi air kencing, so ia akan menyebabkan seseorang itu juga sentiasa berasa dahaga.

Badan cepat letih serta kehilangan berat secara cepat dan ketara. 

Dari segi sains, kehadiran insulin diperlukan untuk menukarkan gula dalam darah kepada tenaga. Tapi, disebabkan kegagalan pankreas untuk menghasilkan insulin, gula tak dapat ditukarkan kepada tenaga. 

So, ini akan membuatkan badan cepat terasa letih sebab kekurangan tenaga untuk menampung aktiviti seharian. 

Selain itu, bila gula tak dapat ditukar kepada tenaga juga akan menyebabkan ia mula memecahkan otot dan lemak kepada tenaga. 

Ini akan menyebabkan seseorang itu akan kehilangan berat badan yang drastik walaupun dia mengambil makan seharian seperti biasa. 

Penglihatan mata semakin kabur. 

Kalau korang nak tau, kesan daripada paras gula yang tinggi dalam darah, ia boleh merosakkan saluran-saluran darah kecil yang menyebabkan kerosakan pada mata, so mata akan menjadi semakin kabur), termasuklah kerosakan pada buah pinggang dan juga pada saraf. 

Apa yang menakutkan, kalau masalah ini dibiarkan begitu lama tanpa sebarang rawatan, berkemungkinan seseorang itu mungkin akan menjadi buta. Nauzubillah!

Selalu mengalami keadaan kebas tangan dan kaki.

Sebelum ini apa yang cikla tau kalau kebas-kebas tu tanda kurang kalsium, tapi sebenar ada sebab lain juga. Ia juga adalah tanda-tanda kencing manis peringkat awal tau! 

Rasa kebas dan kesemutan ini adalah disebabkan oleh sistem saraf atau pembuluh darah telah mengalami kerosakan dan menyebabkan darah tidak lagi sampai pada hujung saraf anggota badan.

Luka lambat untuk sembuh.

Selain itu, paras gula yang tinggi dalam darah juga boleh menjejaskan keupayaan penyembuhan badan, sistem imun dan proses untuk membantu tubuh sembuh tidak dapat berfungsi dengan baik disebabkan oleh paras gula tinggi.

So, kalau luka, ia menjadikan proses untuk luka itu sembuh akan menjadi perlahan berbanding mereka yang normal. Kalau dibiarkan, ia boleh menyebabkan luka itu merebak lebih teruk dan membahayakan. Itu yang sampai kes potong kaki dan sebagainya. 

Allahu, minta dijauhkan. Again, please alert sebab penyakit ini penyakit tak kenal usia, even budak-budak pun ada kena juga. Minta dijauhkanlah kan. Aamin!

Extra! Kalau nak tentukan ada kencing manis ke tak, biasanya kena minum air gula. Kalau puasa sebelum minum air gula (puasa start dari malam sebelum minum, kalau bacaan menunjukkan 7 dah kencing manis tu. Tapi, kalau tak puasa sebelum minum air gula, kalau bacaan menunjukkan 11.1 dah kencing manis. 

Kredit Group Telegram PetuaDanKesihatan.

2 comments:

  1. ish takutnya.. luka lambat sembuh tu memag tanda paling senang nak detect kan..

    ReplyDelete
  2. Diminta dijauhkan lah penyakit ini.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.