14 November 2018

Cara saya buat ikan sardin homemade paling senang guna multicooker. Menjadi ke?

Ikan sardin memang menjadi kegemaran cikla sejak dulu lagi. Cikla ingat lagi, dulu masa sekolah-sekolah dulu, kalau dapat lauk sardin memang tak pandang lauk lain. Sedap sangat. Tapi, since kena papillary thyroid ca ni, memang cikla dah tak makan ikan sardin dalam tin tu. Tapi, kalau dapat buat ikan sardin homemade alangkah best nya kan?! 

Sebenarnya, cikla memang dah lama berniat nak buat ikan sardin sendiri. Homemade, orang putih cakap. Nak dijadikan cerita, kebetulan periuk multicooker yang dibeli oleh pak mertua cikla setahun lalu untuk menantu kesayangannya ini memang sangat jarang digunakan. So, tergerak hati pula nak buat ikan sardin dengan menggunakannya.

Apa lagi, dengan pantas cikla menggoggle resepi mudah nak buat ikan sardin tapi kebanyakan resepi yang cikla jumpa menggunakan pressure cooker. Tapi, tak apalah. Cikla nak try guna multicooker ni. Kita bereksperimen sikit. Hehe. Nak tengok, menjadi ke tak. Kalau tak jadi, memang kena belilah pressure cooker lah jawabnya demi mu ikan sardin. Haha. Jom cikla tunjukkan cara cikla buat ikan sardin homemade guna multicooker Cornell ni. Jadi ke tidak aih? Sebelum tu, thanks kepada tuan lunya resepi ikan sardin yang paling simple ni.

Cara saya buat ikan sardin homemade paling senang guna multicooker. Menjadi ke?
Cara saya buat ikan sardin homemade paling senang guna multicooker. Menjadi ke?

Bahan-bahan :

1 kilo ikan sardin hitam (dibuang kepala dan dibersihkan. Kalau besar, potong 2).
1 biji bawang Holland (blend). *Tapi, cikla guna bawang besar biasa je. Kalau besar 1 je. Kalau kecil 2 biji. 
3-4 biji tomato (blend). *Cikla guna tomato ceri yang kecik tu. Dalam 10 biji gitu.
1/2 tin tomato puri. 
Minyak, garam, gula dan air secukupnya.

Cara nak buat : 
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, kemudian tumiskan bawang yang diblend sampai naik bau.
  2. Selepas itu, masukkan tomato yang diblend, gaul rata.
  3. Kemudian, masukkan tomato puri dan kacau. Tambahkan air dalam 1 cawan gitu. Kalau korang guna tin tomato puri, tu dalam 1/2 tin air. Tapi, kalau kuah nampak pekat, boleh lebihkan sikit air. 
  4. Tambahkan garam dan gula. Sesuaikan rasa. Biar sekejap, kemudian tutup api. Kalau boleh kuahnya cair sikit pun takpe sebab nak elak dia cepat hangit bila kita masak dalam multicooker nanti. 
  5. Masukkan ikan dalam multicooker, kemudian tuangkan kuah yang kita masak tadi. Pastikan kesemua ikan tenggelam dalam kuah tersebut. Tutup periuk. Kemudian, set multicooker pada kepanasan sederhana. Masak dalam masak 45-60 minit sampai isi ikan lembut. Sesekali, kacau sardin perlahan-lahan untuk elak dari berkerak di bahagian bawahnya.

Kalau korang nak buat frozen, simpan ikan sardin bekas bertutup, dan letak di bahagian freezer. Bila Agak-agak teringin nak makan, ambil saja, lepas tu panaskan. Maka, inilah hasilnya. 

Cara saya buat ikan sardin homemade paling senang guna multicooker. Menjadi ke?
Cara saya buat ikan sardin homemade paling senang guna multicooker. Menjadi ke?

Cara saya buat ikan sardin homemade paling senang guna multicooker. Menjadi ke?
Cara saya buat ikan sardin homemade paling senang guna multicooker. Menjadi ke?

Isi ikan memang lembut macam ikan sardin  yang dibeli tu cuma tulang bahagian tengahnya tak selembut ikan sardin dalam tin tu, tapi kira oklah. Kuahnya tu memang cikla buat pekat sikit. Rasa ikan sardin dah ada, rupa kejadiannya pun sama tapi fail sikit pada bahagian tulang tengah tu lah. Lembut memang lembut tapi tak selembut yang dibeli. 

Tapi, kalau korang guna pressure cooker, memang boleh lembut tulang tu. Untuk 1 kilo ikan, korang set HP (high pressure) 60 minit. Kalau masih belum lembut tulangnya, tambah 5 minit lagi. 

Cara saya buat ikan sardin homemade paling senang guna multicooker. Menjadi ke?
Cara saya buat ikan sardin homemade paling senang guna multicooker. Menjadi ke? Cicah dengan roti canai, sedap weh! 

Yang dalam gambar dengan roti canai tu, cikla buat jadi sambal sardin. 

Resepi sambal sardin cara saya.

Dalam kuali yang sesuai, tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris dengan sedikit minyak sehingga kekuningan. Selepas itu, masukkan 2 sudu cili giling. Masak hingga garing dan naik bau. Kemudian, masukkan ikan sardin homemade dan setengah mangkuk air asam jawa. Tambah bawang besar yang dipotong bulat. Sesuaikan rasa. Biarkan mendidih sekejap, dan bolehlah diangkat. Kalau korang nak tambah, daun limau purut pun boleh. Letaklah sehelai. Siap! 

Kesimpulannya, boleh je kalau korang nak buat ikan sardin guna multicooker kalau korang takde pressure cooker. Tapi orang cakap guna ricecooker/slow cooker pun boleh...

Ateee... Kome cubalah sendiri eh baru tau!

4 comments:

  1. jgn pandang rendah kat sardin. nampak ni pun buat myra lapar.

    Myra | The Grey Lines Between

    ReplyDelete
  2. Wah.. Boleh try ni.. Cuba kena guna smart cooker la kot.. Sbb kami takde multicooker...

    ReplyDelete
  3. kita pun ada multicooker je, boleh cuba nih.

    ReplyDelete
  4. Teringin juga nak buat sendiri.. lebih puas hati dan kita yakin tahap kebersihannya kan cikla.. Kena kumpul duit beli periuk tu dulu nie.. 😂😂

    ReplyDelete