Radioiodine (RAI) dan kanser tiroid.

Rasanya dah banyak kali cikla share pasal rawatan Radioiodine atau RAI ni kan. Basically, rawatan ini adalah untuk pesakit kanser tiroid dan juga untuk pesakit hyperthyroidism yang sudah makan ubat carbimazole melebihi 2 tahun. 

Kali ni cikla nak share bagaiamana dan apakah kaitan antara rawatan Radioiodine atau RAI ini kanser tiroid. Semoga ia bermanfaat kepada memerlukan.

Radioiodine (RAI) dan kanser tiroid.
Gambar diubahsuai dari carian Google. Radioiodine (RAI) dan kanser tiroid.

Untuk pengetahuan korang, RAI kanser tak ada dan tak akan ambil sekali saja. Sebab, RAI pertama biasanya akan diberi dos tinggi untuk mengesan, memburu dan membakar sel kanser yang mungkin ada selepas pembedahan total thyroidectomy. 

Kemudian, RAI kedua dilakukan (biasanya dos rendah) untuk lakukan Whole Body Scan atau  WBS (nak tengok sama ada sel kanser menambah atau clear).

RAI ketiga dilakukan kalau RAI kedua tu clear kanser. RAI ketiga akan dibuat untuk confirm kan. Kalau sel kanser dilihat menambah atau statik pada WBS RAI kedua, maka RAI ketiga akan ambik dos tinggi semula.

Begitulah seterusnya.

Bila dah clear, akan buat RAI seterusnya adalah dos rendah untuk diagnostic. Bila clear juga, kena tengok pada result darah TG (Thyroglobulin) untuk lihat keberkesanan rawatan kanser tu. 

Selain itu, kalau WBS clear tapi bacaan TG tinggi, nak tak nak kena RAI lagi. Ini disebabkan oleh nilai bacaan TG yang tinggi menunjukkan ada sel kanser dan tak nampak masa WBS.

Kalau result WBS clear dan nilai bacaan TG adalah di bawah 1, doktor akan sahkan clear kanser. 

Tapi, ada juga yang kena buat RAI sekali lagi untuk  confirm kan betul-betul sudah clear. Bila dah sah clear kanser pula, result darah TFT pula kena ke arah hypertiroid (walaupun pesakit mengambil thyroxine iaitu ubat hypo). Jika terlalu hypo, kemungkinan kanser relapse

Perlu diingatkan, kalau tak ambik thyroxine dalam jangka masa yang lama atau ambil secara tidak konsisten, kanser akan relapse dan menjadi masalah besar jika wujud tumor atau sel kanser baru. 

Kalau ini berlaku, doktor akan mencadangkan sama ada kena operation lagi ataupun RAI sebab fungsi thyroxine selain dari pil hormon, ia juga membantu menghalang pertumbuhan sel baru dan ketulan baru.

Kredit Group Facebook page Tiroid dan Anda (ORI).

3 comments:

  1. there's always a pros and cons whether nak remove or not. thank you for the info

    ReplyDelete
  2. Oh macam tu...pengesanan awal so buat rawatan dgn betul, pesakit boleh sembuh sepenuhnya kan cikla, Banyak sangat kes kanser sekarang ni kadang yg tak pernah dengar

    ReplyDelete
  3. Info yg sgt berguna kepada semua..tq cikla

    ReplyDelete

Powered by Blogger.