4 lagu evergreen kegemaran cikla.

Bagi cikla, lagu evergreen ni memang tak luput dek zaman. Tak kira selama mana pun lagu ini mula diterbitkan, ia sentiasa relevan di telinga pendengar semua. 

Kalau nak dikira, memang banyak lagu-lagu evergreen kegemaran cikla lebih-lebih lagi lagu tahun 80-an dan 90-an. Time tu cikla masih sekolah rendah lagi. 

Sekarang, cikla dah berumur 36 tahun dan masih meminati lagu-lagu sebegini. Telinga ni pulak lebih suka kepada lagu-lagu lama. Adakah daku sudah tua? Haha.

4 lagu evergreen kegemaran cikla.
Gnar diubahsuai dari carian Google. 4 lagu evergreen kegemaran cikla.

Tapi, mengapa agaknya lagu-lagu lama ini masih mendapat tempat di hati pendengar sekarang khususnya pendengar muda? Pada cikla, kekuatan lagu-lagu sebegini adalah pada liriknya. Ye, liriknya mudah diingati. Sekali dengar terus dah ingat!

So, cikla saja nak share dengan korang 6 lagu evergreen kegemaran cikla. Dan mungkin lagu ini menjadi kegemaran korang juga kan.

Segalanya pasti (Aida Agil).

4 lagu evergreen kegemaran cikla.
4 lagu evergreen kegemaran cikla. Kredit Google. 


'Gelora melanda, di dalam hatiku.' Rasanya semua tahu kot lagu ni, dan mungkin ada yang tak tau. Mungkin juga. 

Tapi, memang sedap suara dia. Serak-serak sedap gitu. Penyanyi asal lagu ini adalah Aida Agil.  

Khabarnya, sekarang Aida Agil disahkan menghidap penyakit bell's palsy sejak tahun 2000

Keadaan ini menyebabkan sebahagian sistem sarafnya terganggu dan beliau juga disahkan sebagai orang kurang upaya (OKU). Sumber SINISemoga Aida Agil sentiasa diberi kesihatan yang baik.

Ku redha sendiri (Klthsom).

4 lagu evergreen kegemaran cikla.
4 lagu evergreen kegemaran cikla. Kredit Google. 


Sebenarnya, cikla tak tau pun nama penyanyi ni. Tapi, selalu dengar lagu ni. Rupanya, Klthsom mula terkenal sejak dia menyertai Bintang RTM tahun 86. Saing-saing Ramlah Ram ni. 

Dan beliau juga dikenali dan diingati kerana mempunyai nama yang unik. Iyelah kan. Bila tengok pada ejaan namanya, macam-macam versi sebutan. Ada yang sebut Kaltom, Kelchom, dan Kalsom. 

Tapi, lagu nyanyiannya 'Ku redha sendiri' menjadikan beliau lebih popular. Bagi cikla, memang best lagu ni. Dengar banyak kali pun tak jemu.

Ditakdir kita bersama (Mac Rahayu).

4 lagu evergreen kegemaran cikla.
4 lagu evergreen kegemaran cikla. Kredit Google. 


Lagu ni pun menjadi kegemaran cikla. Khabarnya, sekarang Mac Rahayu aktif melakukan kerja amal di samping berniaga bisnes membuat kek di rumah dengan nama Mac Ruhayu Home Made Cake yang dibantu oleh anak-anaknya. Sumber SINI

Siapa pernah jatuh cinta (Tetty Kadi).

4 lagu evergreen kegemaran cikla.
4 lagu evergreen kegemaran cikla. Kredit Google. 


Tetty Kadi merupakan penyanyi dari seberang. Beliau mula bernyanyi dalam tahun 1966 dan aktif sampai sekarang. 

Khabarnya, sekarang dia aktif berpolitik pula. Walau apapun, lagu ni memang bestApa pula lagu evergreen kegemaran korang? Let's sharing!

Kredit video YouTube. 

3 comments:

  1. Lagu2 lama ni liriknya best dan puitis kalau nak banding dgn lagu zaman skrg, tp xsemua. Ada juga yg best. Hehe

    ReplyDelete
  2. Dalam banyak lagu ni kinah layan lagu Tati Kadi siapa Pernah jatuh Cinta itupun sebab ada drama main lagu ni. Tu terjebak tu hehe

    ReplyDelete
  3. Lagu lagu lama memang menarik.. liriknya lebih puitis dan menyentuh perasaan..

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (59) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews