'Santai Tapi Sampai'

24 November 2018

Nasi ayam simple dan sedap, cara saya!

Lately, cikla macam banyak pula share resepi kan. Hihi. Bukan apa, buat masa sekarang ni macam bersemangat pula nak cuba resepi-resepi yang tak pernah dibuat sebelum ni. Baru nak belajar kata orang. Maklumlah, cikla bukanlah pandai masak sangat. Masak makan sendiri bolehlah. Janji tekakku dan tekak seisi keluarga suka. Oklah tu. Hari ni cikla try buat nasi ayam. Sebenarnya, cikla pernah buat dulu. Tapi dah lama dah. Sampai lupa cara nak buat. Haha. So, Google dan  mak cikla tempat 'mengadu'. Hihi. Minta resepilah, apa lagi!

Nasi ayam simple dan sedap, cara saya!
Nasi ayam simple dan sedap, cara saya!


Resepi nasi, cikla ambil dari blog fizalgk. Resepi ayam pula cara mak cikla. Manakala, sambal cili dengan kicap ikut suka hati ku ini. Mujur sedap. Bolehlahhh. Hihi! Jom kita tengok bahan dan cara masak ayamnya dulu. 


Bahan-bahan nak buat ayam :

1 ekor ayam (Cikla potong sederhana besar).
1 biji bawang besar (potong 4).
3 ulas bawang putih (diketuk).
1 inci halia (diketuk).
1 sup bunjut.
1 kiub pati ayam ADABI.
Air secukupnya.

Bahan perapan ayam :

1 sudu besar sos tiram JALEN.
1 sudu besar sos lada hitam JALEN.
2 sudu besar kicap manis KIPAS UDANG.
1 sudu besar madu.

Caranya :
  1. Ayam dibersihkan dan masukkan ke dalam periuk yang sesuai. Masukkan bahan-bahan lain dan air secukupnya. Biarkan sampai mendidih.
  2. Kemudian, keluarkan ayam dari periuk dan toskan.
  3. Dalam bekas yang sesuai, perap ayam tadi bersama bahan perapan. Cikla perap 1/2 jam je. Lagi lama lagi bagus sebenarnya, biar ayam tadi mesra dengan bahan perapan. 
  4. Selepas itu, goreng ayam atau korang boleh bakar dalam oven juga. 
  5. Bila dah siap, ketuk ayam dan bolehlah dihidangkan. Tapi, cikla tak ketuk pun. Seketul gitu je cikla letak. Macam dalam gambar. Hehe. 

Nasi ayam simple dan sedap, cara saya!
Nasi ayam simple dan sedap, cara saya!

Bahan-bahan untuk nasi : 

3 cawan beras.
4 1/2 cawan air rebusan ayam. 
1 helai daun pandan (disimpul).
3 biji bawang merah (hiris). 
2 ulas bawang putih (hiris). 
1 inci halia (hiris). 
Minyak, mentega, serbuk kunyit (atau pewarna kuning) dan garam secukupnya.

Cara nak masak nasinya :
  1. Basuh beras dan toskan. Dalam periuk nasi, masukkan sedikit minyak dan mentega. Bila dah panas, masukkan bahan dihiris dan tumis sampai kekuningan. 
  2. Selepas itu, masukkan beras dan gaul rata. Kemudian, masukkan air rebusan ayam, daun pandai, garam dan serbuk kunyit atau pewarna kuning (kalau nak). Kacau sekejal, kemudian masak nasi macam biasa.

Nasi ayam simple dan sedap, cara saya!
Nasi ayam simple dan sedap, cara saya!

Untuk sos : Cikla masak cili giling bersama dengan sos cili, sedikit perahan jus lemon dan sedikit air rebusan ayam sampai masak di atas api yang sederhana. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa.

Untuk kicap : Lebihan kicap ayam yang diperap itu, di masak di atas api yang sederhana. Tambah sedikit kicap manis, seulas bawang putih yang diketuk dan sedikit air rebusan ayam kalau kicap nampak pekat.

Untuk sup : Didihkan lebihan air rebusan ayam dan tambah lagi sedikit air. Tambahkan 1-2 kiub pati ayam ADABI. Biarkan mendidih. Last, sesuaikan rasa. Tambahkan bawang goreng dan daun sup (kalau nak).

Bahan hiasan : Hirisan timun jepun, tomato di potong bulat dan salad (kalau nak). 

Mungkin korang ada cara korang sendiri macam mana nak masak nasi ayam kan. Sebab cikla rasa, kadang-kadang rasa nasi ayam ni tak sama kalau kita makan di kedai kan. Selamat mencuba!

5 comments:

  1. nampak simple je nak masak nasi ayam.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya. .
    Lama tak masak guna kicap kipas udang ni

    ReplyDelete
  3. sedap ni.. lama tak masak nasi ayam....

    ReplyDelete
  4. MN pun kadang-kadang google jugak resepi

    ReplyDelete
  5. ha'ah lain orang lain cara tapi semuanya sedapppppppp

    ReplyDelete