Bimbang dengan keadaan rambut yang semakin menipis akibat keguguran yang tak terkawal? Apa kata cuba petua ni, mungkin serasi dengan korang!

Rasanya masalah rambut gugur ni selalu dialami oleh semua orang terutamanya orang perempuan kan. Mana taknya, sesetengah ibu yang baru melahirkan anak pun akan mengalami masalah ini. Itu belum lagi mereka yang mengalami masalah hormon yang melibatkan tiroid. 

Cikla cakap, sebab cikla memang mengalami masalah ini. Walaupun, rambut dah kurang gugur since cikla menjalani pembedahan total thyroidectomy setahun lalu, tapi rambut baru macam lambat nak tumbuh balik.

Seriously, rambut memang nipis wehh. Puas jugalah guna shampoo yang bermacam jenis. Pantanglah dengar orang cakap shampoo ini ok, shampoo ni bagus untuk rambut gugur memang cikla cuba. 

Itu belum lagi minyak rambut. Sekarang ni selain dari minyak zaitun, cikla guna minyak buah pala. Tengok macam oklah je. Mujur baunya wangi. Hehe.

Kalau petua, cikla memang jarang apply, sebab tak sempat. Haha. Eleh, alasan sangatlah tu. Bagitau je la malas kan senang. Hihi.

So, kepada mereka yang suka dan rajin mencuba petua-petua, apa kata korang cuba petua untuk merawat dan mengatasi masalah rambut gugur ini. Mungkin serasi dengan korang, boleh korang amalkan lepas ni.

Bimbang dengan keadaan rambut yang semakin menipis akibat keguguran yang tak terkawal? Apa kata cuba petua ni, mungkin serasi dengan korang!
Bimbang dengan keadaan rambut yang semakin menipis akibat keguguran yang tak terkawal? Apa kata cuba petua ni, mungkin serasi dengan korang! Kredit gambar Google. 

Petua 1 : 

Campurkan lendir lidah buaya, lendir bunga raya dan lendir pokok litup bumi dalam satu bekas yang bersesuaian. Kemudian, campurkan sedikit minyak zaitun ke dalam campuran tersebut. Gaul rata sebelum campuran tersebut disapukan di bahagian rambut selepas mandi pada waktu pagi dan petang.

Petua 2 :

Ambil sebiji kelapa dan parut kelapa tersebut. Perat kelapa yang telah di parut untuk di ambil santannya. Selepas itu, Santan tersebut di masak sehingga ia mengeluarkan minyak sebelum  biarkan sejuk. Bila ia sudah sejuk, sapu dan ratakan di seluruh bahagian kepala dan biar semalaman. Bilas rambut pada keesokan harinya, dan lihatlah hasilnya.

Petua 3 : 

Ambil segenggam daun serai dan tumbuk daun tersebut sampai lumat. Selepas itu, masak daun serai yang dah lumat tadi dengan secawan air sehingga kekuningan sebelum air rebusan tersebut disejukkan. Bila dah sejuk, usapkan air tersebut dengan perlahan ke seluruh bahagian kepala. Untuk hasil yang bagus, lakukan selama 2 minggu. InshaAllah, pasti tak mengecewakan.

Petua 4 :

Ambil 3 biji limau nipis dan perah limau tersebut untuk diambil jusnya. Selepas itu, campuran jus limau tersebut dengan 2 biji putih telur sebelum campuran tersebut diratakan ke seluruh bahagian rambut. Biarkan selama dua jam, baru dicuci bersih.

Petua 5 :
 
Parut lobak merah secukupnya halus-halus. Selepas itu, campurkan lobak yang telah di parut tadi dengan minyak kelapa dan sapu rata campuran tersebut pada bahagian rambut. Kemudian, basahkan tuala kecil dengan air panas dan perapkan bahagian rambut yang telah di sapu oleh campuran lobak dan minyak tadi.


Bimbang dengan keadaan rambut yang semakin menipis akibat keguguran yang tak terkawal? Apa kata cuba petua ni, mungkin serasi dengan korang!
Bimbang dengan keadaan rambut yang semakin menipis akibat keguguran yang tak terkawal? Apa kata cuba petua ni, mungkin serasi dengan korang! Kredit gambar Google. 

Petua 6 : 

Ambil segenggam halba dan beberapa keping buah sintok dan rendam selama 2 hingga 3 jam. Korang boleh Google kalau nak tau macam mana rupa buah sintok tu ye. Selepas itu, rebus rendaman tersebut sehingga ia berubah menjadi warna perang pekat. Kemudian, biarkan ia sejuk  sebelum ia diramas. Lumur pada rambut korang dan biarkan selama beberapa minit sebelum di bilas dengan air bersih.

Petua 7 : 

Ambil segenggam kacang hijau, dan rebus tapi jangan biar sampai air rebusannya kering. Sejukkan ia sebelum ia disapukan pada akar rambut korang sebelum korang tidur. Biarkan  semalaman dan basuh pada keesokan harinya. Buatlah setiap hari untuk lebih berkesan.

Selamat mencuba!

Kredit Group Telegram PetuaDanKesihatan.

5 comments:

  1. Bagusnya petua ni! Boleh Fatina cuba nanti.. :)
    Terima kasih diatas perkongsian info ni, Cikla :)

    Fatina Mudz

    ReplyDelete
  2. Wah banyaknya petua! Tak pernah cuba lagi petua-petua alami macam ni. TQ share sini.

    ReplyDelete
  3. Wah tip yg mostly senang nak dpt bahan di rmh. Weekend nak try buat yg lidah buaya tu 😊

    ReplyDelete
  4. banyaknya tips2! boleh la nak try yg guna aloe vera tu.

    Myra | The Grey Lines Between

    ReplyDelete
  5. wahhh boleh try petua2 ni. menarik.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.