Well done, percubaan pertama menjadi. Kek coklat kukus cheese leleh paling senang. Sedap dan menyelerakan. 

Ini kisah throwback sebenarnya. Hal semalam. Bila balik rumah mak, memang ada saja 'projek' yang nak dibuat. Kalau tak shopping bunga untuk menambah koleksi yang ada, mesti projek di dapur. Haha. Biasalah kan, kalau ada gengnya memang menjadi saja. 'Projek' kali ni nak mem'baking'. Nak bake apa tu? Haaa, nak tau kenalah baca sampai habis.

Cikla agak kek cheese leleh ni memang popular. Tak kiralah kek coklat atau red velvet. Dengan limpahan cheese yang banyak, memang mengujakan. Tak tahan nafsu makan bila tengok kan. Habis punah diet! Kih kih kih. Cikla ingat susah sangat nak buat kek ni. Rupanya senang yang amat. Cuma rajin dengan malas je nak buat. Bahan-bahannya pun senang je. Cuma nak beli cream cheese dan cheedar cheese tu yang agak mahal juga. Tapi, sesekali nak makan ok je kot. Belanja famili makan kan. So, cikla nak share dengan korang resepi kek coklat kukus cheese leleh guna sukatan cawan. Kalau guna cawan senang sikit nak sukat kan.

Cikla rasa inilah resepi kek coklat kukus yang paling senang sebab bahannya memang tak susah nak cari. Tapi, resepi ni cikla olah guna bahan-bahan yang cikla ada. Jom check bahan-bahannya dulu.

Well done, percubaan pertama menjadi. Kek coklat kukus cheese leleh paling senang. Sedap dan menyelerakan.
Well done, percubaan pertama menjadi. Kek coklat kukus cheese leleh paling senang. Sedap dan menyelerakan. Antara bahan-bahan yang diperlukan. 

Bahan-bahan untuk membuat kek :

1 cawan serbuk koko. 
1 cawan gula pasir 
1 cawan susu cair. 
1 cawan minyak masak atau marjerin. 
1/2 cawan susu pekat manis. 
1 1/4 cawan tepung gandum. 
1 sudu baking powder. 1
1 sudu soda bikarbonat.

Well done, percubaan pertama menjadi. Kek coklat kukus cheese leleh paling senang. Sedap dan menyelerakan.
Well done, percubaan pertama menjadi. Kek coklat kukus cheese leleh paling senang. Sedap dan menyelerakan. Cikla guna sukatan cawan macam di atas. 

Bahan untuk membuat topping cream cheese.

250 g cream cheese Tatura. 
250 ml whipping cream. 
4-5 sudu besar susu pekat manis. 
Cheddar cheese untuk hiasan snow.

Cikla share dulu cara nak buat keknya ye.

Cara nak buat kek coklat kukus lembut dan sedap.

Langkah pertama, panaskan pengukus dulu sebab korang kena pastikan air sudah mendidih baru dimasukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat itu nanti. Mula-mula, ayak tepung gandum bersama-sama dengan baking powder dan soda bikarbonat dalam bekas yang sesuai. Dah siap, ketepikan.

Selepas itu, dalam periuk atau kuali yang sesuai campurkan gula, susu cair, susu pekat manis, minyak atau marjerin dan serbuk koko. Kemudian, masak bahan-bahan tersebut di atas api sehingga kesemuanya larut. Korang kena pastikan api dapur dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekata dan tak hangus.

Dalam bekas lain, pukul telur ayam sampai kembang. Korang just pukul guna sudu atau garfu sebab nak bagi putih dengan kuning tu je bercampur. Tak layan kembang sangat dan tak payah pakai mixer pun. Selepas itu, masukkan campuran pertama (iaitu campuran minyak, gula, susu pekat, susu cair, serbuk koko) tadi ke dalam adunan telur yang telah di pukul.

Kemudian, masukkan pula campuran tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat sedikit demi sedikit. Kacau campuran tersebut hingga sebati dan elak dari ia menjadi berketul-ketul. Bila dah sebati semua bahan, ketepikan.

Sebelum korang masukkan adunan kek yang telah siap tadi ke dalam loyang, sapukan marjerin dulu pada loyang. Tapi, cikla guna aluminium foil yang di sapu sedikit marjerin. Sebab nanti bila dah masak senang nak keluarkan dari loyang. Angkat je.

Kemudian, tuang adunan ke dalam loyang dan tutup loyang dengan aluminium foil supaya air wap tak kena pada kek. Tapi jangan bungkus rapat sangat sebab kena ada ruang untuk udara masuk. Dah siap, kukuslah kek selama lebih kurang 45 minit hingga 1 jam atau sehingga kek masak. Tapi, pastikan api sederhana.

Sebelum korang angkat kek, nak tau kek dah masak ke belum, cucuk permukaan kek dengan lidi yang bersih. Kalau lidi tu, bersih dan takde isi kek yang melekat, maknanya kek dah masak. Bila dah masak, keluarkan loyang kek dari pengukus dan sejukkan. Ok, kek dah settle. Sekarang cikla nak ajar macam mana nak buat topping cream cheese dia pulak. 

Cara untuk membuat topping cream cheese. 

Dalam mangkuk mixer, pukul whipping cream dengan kelajuan maksimum sehingga kembang. Bila bahan itu nampak agak kembang, kemudian masukkan pula cream cheese. Pukul lagi sampai sebati adunannya. Lastly, masukkan masukkan susu pekat manis dan kacau lagi kesemua bahan tersebut supaya sebati. Bila dah siap, sejukkan dulu adunan tersebut dalam peti ais seketika sebelum ia digunakan untuk menghias kek.

Cara menghias kek pulak. 

Kek yang telah sejuk itu, dipotong menjadi dua bahagian. Asingkan bahagian atas kek yang dipotong. Kemudian, sapukan cream cheese secara rata di atas permukaan kek (bahagian 2) sebelum diletakkan bahagian kek yang satu lagi di atasnya. Selepas itu, tuangkan lebihan cream cheese tadi di atas permukaan kek dan ratakan. Last sekali, parutkan cheedar cheese di atas permukaan kek untuk bagi efek snowy tu. Kek dah siap, dan bolehlah dihidangkan! Inilah hasilnya. Taraaaaaaa.

Well done, percubaan pertama menjadi. Kek coklat kukus cheese leleh paling senang. Sedap dan menyelerakan.
Well done, percubaan pertama menjadi. Kek coklat kukus cheese leleh paling senang. Sedap dan menyelerakan. 

Well done, percubaan pertama menjadi. Kek coklat kukus cheese leleh paling senang. Sedap dan menyelerakan.
Well done, percubaan pertama menjadi. Kek coklat kukus cheese leleh paling senang. Sedap dan menyelerakan. 

Well done, percubaan pertama menjadi. Kek coklat kukus cheese leleh paling senang. Sedap dan menyelerakan.
Well done, percubaan pertama menjadi. Kek coklat kukus cheese leleh paling senang. Sedap dan menyelerakan. 

Well done, percubaan pertama menjadi. Kek coklat kukus cheese leleh paling senang. Sedap dan menyelerakan.
Well done, percubaan pertama menjadi. Kek coklat kukus cheese leleh paling senang. Sedap dan menyelerakan. 

Korang tengok banyak parutan cheedar cheese kat atas kek tu kan. Wow, kalau dah buat sendiri, haruslah melimpah ruah cheesenya. Haha. Memang puas makan! Tapi, apa yang penting semua seisi keluarga suka. Sedap kata mereka. Memang senyum sampai telingalah kan. Alhamdullilah, percubaan pertama menjadi dengan jayanya. Lepas ni nak try buat kek red velvet cheese lelehlah pula.

Kredit resepi SINI

6 comments:

  1. Sedap tu cikla.... mleleh leleh cheese 😍😍😍

    ReplyDelete
  2. Alaa dah craving dah huhu

    ReplyDelete
  3. sedapnya..

    ReplyDelete
  4. sedap kan cikla... mrs pip pun selalu buat kek kukus ni, dan baru ja teringin nak letak cheese , ingat nak buat kek untuk bday anak hujung minggu ni .. simple2 mcm ni, buat sendiri mmg awesome .. jimat pun jimat kan...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.