First time tengok bunga kunyit. Excited katanya!

Siapa pernah tengok bunga kunyit? Sejujurnya, cikla tak tau pun yang pokok kunyit ni ada bunganya. Haha, teruk betul kan. Ketinggalan sungguh. 

Nak dijadikan cerita, masa cikla balik kampung bulan lepas kot, kebetulan pokok kunyit mak cikla berbunga. 

Seriously, rasanya sebelum ni tak pernah pula pokok kunyit mak ni berbunga. Mungkin rezeki cikla dapat tengok. Hehe. Tu yang jakun kejap tu. Excited katanya!

Disebabkan pertama kali tengok, cikla Google lah betul ke pokok kunyit ni memang berbunga atau ada sebab-sebab tertentu yang menyebabkan ia berbunga. 

Rupanya, memang pokok kunyit berbunga weh. Haha. Malu lagi, menyorok belakang pintu. Wiwiwi.

First time tengok bunga kunyit. Excited katanya!
First time tengok bunga kunyit. Excited katanya! 

Untuk pengetahuan korang, bunga kunyit adalah bunga pokok kunyit yang biasanya berwarna putih atau kuning. Ia selalunya tumbuh di tengah-tengah daun dan nampak seperti bersisik di sekeliling dalam satu induk.

Apa yang cikla pernah baca, bunga kunyit boleh dimakan tau dan ia sedap dijadikan ulan yang dimakan mentah. Rasanya? Entahlah, mungkin macam kunyit juga. Cikla tak pernah makan. Hehe.

First time tengok bunga kunyit. Excited katanya! 

First time tengok bunga kunyit. Excited katanya!
First time tengok bunga kunyit. Excited katanya! 

Kelebihan bunga kunyit dikatakan hampir sama dengan khasiat isi kunyit itu sendiri, antaranya :
  1. Mempunyai sifat antioksidan, anti-radang, penyembuh luka termasuklah membantu mengurangkan kolesterol. 
  2. Bertindak sebagai antibakteria atau antiseptik untuk merawat luka, luka terbakar dan lebam. 
  3. Memberi kebaikan kepada ibu lepaa bersalin, antaranya mengecutkan rahim dan mencuci darah.

First time tengok bunga kunyit. Excited katanya!
First time tengok bunga kunyit. Excited katanya! 

Cikla pernah terbaca yang halia juga ada bunganya. Kalau yang ni cikla tak pernah tengok juga.
 
Kredit Info LAMAN SERI.

4 comments:

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (59) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews