'santai tapi sampai'

Memang tak dinafikan kebanyakan orang mengalami masalah badan berbau terutama kawasan-kawasan tersorok seperti ketiak, celah peha dan sebag...

Apa kaitan produk antipeluh dan deodoran dengan kanser payudara?

Memang tak dinafikan kebanyakan orang mengalami masalah badan berbau terutama kawasan-kawasan tersorok seperti ketiak, celah peha dan sebagainya. Bau ini dianggap sebagai salah satu ciri penting seseorang itu. 

Tapi, jika bau itu terlalu kuat sehingga mengganggu orang sekeliling pun tak bagus juga. Tuan punya diri pun mesti rasa rendah diri dan malu kan terutama bila berhadapan dengan orang ramai. Betul tak?

Boleh hilang konsentrasi oiii.

So, untuk mengatasi masalah ini penggunaan produk antipeluh atau antiperspirant dan deodoran telah diperkenalkan. Namun, penggunaan keduanya ini dikatakan menjadi penyebab kepada beberapa penyakit seperti kanser payudara.

Apa kaitan produk antipeluh dan deodoran dengan kanser payudara?
Gambar diubahsuai dari carian Google. Apa kaitan produk antipeluh dan deodoran dengan kanser payudara?

Allahu, dengar pun takut kan? Semoga kita semua dijauhkan dari penyakit itu. Aamin.

Untuk pengetahuan korang, produk antipeluh atau antiperspirant merupakan produk kebersihan peribadi yang mengandungi chemical agent yang mana ia berfungsi untuk mengurangkan peluh dengan berkesan. Ia terdiri dari pelbagai bentuk seperti semburan (spray), krim, roll-on atau stick.

Bila ia digunakan di permukaan kulit, bahan aktif antipeluh akan menghalang peluh mencapai permukaan kulit pada awalnya. Kemudian, ia akan mengurangkan bakteria yang mencetuskan bau badan.

Manakala, deodoran pula berfungsi sama seperti antipeluh iaitu mengawal dan menghilangkan bau badan. Dengan wangian yang merupakan bahan antipeluh, deodoran juga mengandungi bahan yang boleh membantu menyembunyikan bau badan yang disebabkan oleh bakteria bau. Akan tetapi, deodoran tak boleh mencegah perpeluhan di permukaan kulit kita.

Kedua-duanya biasalah digunakan di permukaan kulit terutama di kawasan ketiak dan ada juga yang menggunakannya di bahagian lain yang mungkin mengalami keadaan berpeluh berlebihan.

Malangnya, produk antipeluh dan deodoran ini akan hilang selepas kita mandi, dan kita kena memakainya semua selepas itu terutama jika kita melakukan aktiviti lasak yang menyebabkan keadaan perpeluhan berlaku.

Terbaru, ada beberapa teori yang mendakwa kaitan antara produk antipeluh dengan kanser payudara. Teori ini adalah based pada fakta yang mana kebanyakan kanser payudara akan berkembang di kawasan bawah ketiak. Dan, kebanyakan produk antipeluh digunakan di kawasan yang sama dan boleh memberi kesan bahagian luar atas payudara juga.

Tambahan pula, bahan aktif yang ada di dalam produk antipeluh seperti metallic salts aluminium chloride dan aluminium chlrol hydrate dikatakan boleh berinteraksi dengan gen manusia bila menyerap ke kulit. Keadaan inilah akhirnya akan mewujudkan ancaman kanser dalam sel.

Selain itu, bahan kimia ini juga dikatakan boleh mengganggu proses fungsi hormon perempuan iaitu estrogen dan akhirnya akan meningkatkan risiko pertumbuhan sel-sel penyakit berbahaya tersebut.

Akan tetapi, ada seorang pakar yang study bidang cancer dari Persatuan Kanser Amerika menegaskan bahawa teori yang disebutkan di atas itu tak mempunyai bukti yang kukuh kerana kekurangan sumber yang boleh dipercayai.

Sampai sekarang, belum ada lagi report yang membuktikan bahawa produk antipeluh ini boleh menyebabkan risiko penyakit seperti yang cikla sebutkan itu atau penyakit lain yang berkaitan.

Apa yang kita perlu tau, bukan hanya satu sebab saja yang boleh menjadi penyebab kepada penyakit ini. Apa yang terbaik, gunalah bahan dari sumber semulajadi dan elak dari menggunakan produk yang mengandungi bahan seperti aluminium yang sememangnya berbahaya kepada kesihatan.

Masalah ini sebenarnya boleh di atasi bukan hanya dengan memakai produk antipeluh atau deodaran semata-mata. Kita juga boleh mempraktikkan petua tradisional dan semulajadi juga. Jom baca sedikit tip mengatasi masalah bau yang menjengkelkan ini.

  1. Sebaiknya, bersihkan badan dan mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari kerana ia boleh mengelakkan pembiakan bakteria bau terutama di kawasan yang lembap. 
  2. Elak dari membiarkan bulu-bulan di kawasan berkenaan panjang dan tak terurus. Keadaan ini akan menyebabkan bakteria lagi galak membiak. So, bau pun apa lagi. Aaacemmm! 
  3. Titiskan 8 titisan rosemary oil ke dalam gelas air dan jadikan ia sebagai deodoran. 
  4. Try petua tradisional ini :
  • Potong timun dan sapukan bahagian yang bergetah pada ketiak. Buat secara kerap sehingga masalah bau dan ketiak basah settle! 
  • Sapu kapur sireh pada ketiak dan biarkan ia kering selama 20 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan secara perlahan-lahan, nanti luka pula. 
  • Dengan menggunakan kapas, serapkan cuka atau cuka epal kemudian letak di bawah ketiak. Biar dalam 30 minit sebelum ia dibilas semasa mandi.

Kredit Ruangan sihat:aktif, SINAR harian.

1 comment:

  1. Ketiak acemm is not awesome. Better kena cari jalan penyelesaian untuk atasinya. Selain guna deodarant boleh juga apply petua ni. Nice sharing cik la.

    ReplyDelete