8 December 2025

Penjagaan gigi penting untuk penggemar coklat, jangan sampai gigi rosak!

Kalau korang jenis yang memang tak boleh hidup tanpa coklat, setiap hari mesti nak kunyah sikit atau time stress terus capai coklat, haaa, perkongsian ni khas untuk korang! Hihi. Walaupun coklat tu sedap ya amat, manis, lembut, cair dalam mulut, tapi jujur kita kena akui, kalau tak jaga gigi betul-betul, boleh jadi musuh utama gigi kita juga.

Bila kita makan coklat, gula yang ada dalam coklat tu akan bercampur dengan bakteria dalam mulut. Campuran tu akan hasilkan asid yang boleh hakis lapisan enamel gigi. Lama-lama, muncullah masalah seperti gigi berlubang, bau mulut dan gusi bengkak. Macam risau je kan? Tapi jangan risau, penggemar coklat masih boleh kekal senyum manis asalkan tahu cara jaga gigi dengan betul.

Lepas makan coklat, perkara paling mudah dan penting, kumur mulut dengan air kosong. Jangan terus biarkan sisa manis tu melekat dalam mulut. Kalau boleh, gosok gigi lepas 30 minit makan coklat. Kenapa bukan terus? Sebab lepas makan, gigi kita masih lembut disebabkan asid. Jadi tunggu sekejap baru gosok, supaya enamel tak cepat haus.

Penjagaan gigi penting untuk penggemar coklat, jangan sampai gigi rosak!

Kalau korang jenis yang kerap makan coklat waktu kerja atau sambil tengok drama, bawalah berus gigi kecil atau floss dalam beg. Floss ni penting tau, sebab sisa coklat kadang melekat celah gigi, haaa kat situ lah bakteria suka berpesta. 

Selain tu, minum air kosong banyak pun sangat membantu. Air bantu cuci sisa gula dan kekalkan kelembapan dalam mulut. Kalau mulut kering, bakteria senang membiak. Haa, jadi lepas kunyah coklat, elakkan terus minum air manis lain ya. Cukup dengan air kosong dulu.

Dan satu lagi tips penting, pilih coklat yang lebih dark atau kurang gula. Dark chocolate sebenarnya lebih baik untuk gigi berbanding coklat susu biasa. Kandungan kokonya tinggi, gula pula rendah. Jadi kurang risiko gigi rosak, tapi tetap puas rasa coklat tu.

Akhir sekali, jangan skip jumpa doktor gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun. Kadang kita rasa gigi sihat, tapi ada lubang kecil yang kita tak perasan pun. Bila doktor bersihkan plak dan periksa awal-awal, gigi pun kekal kuat dan bersinar.

Pendek kata, penggemar coklat masih boleh terus menikmati coklat kesayangan korang asalkan jaga rutin kebersihan mulut dengan konsisten. Nikmat manis coklat tetap boleh rasa, tanpa perlu risau gigi reput atau nafas berbau. Gitu. 

No comments:

Post a Comment