Kisah sugar free.
Kisah sugar free. Image Google 

Ada sorang mamat tu, masuk kedai. Guard perati je dia. Nampak mamat tu amik air jus sebotol, gula sepeket.

Sampai kat kaunter, mamat bayar jus je. Gula dalam jaket dia, dia wat diam. Di pintu keluar, guard tahan. Tuduh dia mencuri. Mamat nafikan, mamat tunjuk resit bayaran.

Guard kata, " Jangan nak nipu, ni resit air je. Tu gula dalam jaket tu?"

Mamat tu sound balik, "Ko jangan nak kerek sangat, gula ni memang aku tak bayar sebab ianya free."

Guard kata, "Mana de free! Bayarlah!"

Mamat bengang, dia sound lagi, "Itulah kau, padanlah jadi guard, kecik kecik malas belajar, nih. Ko baca ni kat label botol jus ni."

Guard pun tengok label kat botol. Ada tertulis "Sugar Free". 

Sapa yang ngekk sekarang. Adoii