Ayam serai thai yang mudah dimasak.

Masakan berasaskan ayam memang banyak kan. Lagipun lauk ayam ni ada orang makan hari hari pun tak jemu, especially budak budak. Cuma para ibu la kena pandai dan kreatif mempelbagai resepi lagi lagi masakan yang menjadi kegemaran mereka. 

Berbalik kepada resepi yang cikla nak share, sebelum ni yang cikla tau ayam masak serai je. Itu pun original resepi dari mak cikla. Kalau yang ni, memang first time la tau. Tengok gambar macam sedap je kan. Hihi. Nanti bolehlah cuba. 

Ayam serai thai yang mudah dimasak.
Ayam serai thai yang mudah dimasak.

 Bahan-bahan :

6 kepak ayam, potong buang hujung sayap.
1 tsp serbuk kunyit.
Garam.

Gaulkan semua bahan di atas, goreng hingga masak tapi jangan terlalu garing.

Bahan sambal :

2 batang serai diketuk.
5 helai daun limau purut, buang tengahnya dan gunting halus.
1 sudu makan sos seafood.
1 sudu makan sos ikan.
1 kiub pati ayam.
Gula secukupnya.
1 biji limau kasturi, ambil jusnya.

Bahan kisar :

5 biji cili besar.
6 biji cili padi.
3  ulas bawang putih.
4 labu bawang merah.

Cara penyediaan :

1. Panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar hingga wangi dan naik bau. 

2. Masukkan serai dan daun limau purut.

3. Kacau rata, pastu masukkan kiub ayam.

4. Masukkan sos ikan, sos seafood, gula dan perahan air limau kasturi.

5. Kacau rata dan selepas itu masukkan ayam goreng tadi.

6. Tambahkan 1/2 cawan air dan masak lagi hingga pecah minyak.

7. Tutup api dan hidangkan.

Selamat mencuba. 

Kredit resepi dan gambar: Suriati Silad.

1 comment:

  1. Sedapnya terus rasa lapar tengok pagi2 ni. Hihihi

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews