Khasiat bendi yang mungkin kita tak tau.

Siapa suka makan sayur bendi? Bendi atau nama saintifiknya Abelmoschus esculentus adalah sejenis tumbuhan berbunga yang menghasilkan buah yang dimakan sebagai sayuran. Ramai yang cakap, bendi ni bagus untuk pesakit diabetes kerana ia dikatakan mampu menurunkan paras gula dalam darah. Namun, ada banyak lagi kelebihan dan khasiat bendi ni yang mungkin korang tak tau. Jom baca. 

Khasiat bendi yang mungkin kita tak tau.
Khasiat bendi yang mungkin kita tak tau. Image Google.

Antara khasiat bendi adalah; 

  1. Mencuci hati.
  2. Menstabilkan kandungan gula dalam darah.
  3. Membantu melicinkan bahagian dalam usus besar.
  4. Membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua.
  5. Membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus.
  6. Sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan dan rasa tak selesa.
  7. Membantu merawat ulser dan mengurangkan kekejangan pada sendi.
  8. Sifatnya yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan sekaligus membantu mengurangkan masalah penghadaman.
  9. Membantu mengurangkan radang paru-paru, sakit kerongkong serta kesakitan pada dubur.
Khasiat bendi yang mungkin kita tak tau.
Khasiat bendi yang mungkin kita tak tau. Image Google 

Selain itu, air rebusan bendi dikatakan boleh menyahkan toksik dan sekaligus menstabilkan paras gula dan anti diabetes. Caranya, rendam 2 batang bendi yang dihiris besar-besar ke dalam segelas air semalaman. Pastikan gelas ditutup. Amal minum selama 2 minggu sebelum sarapan.

Buah bendi dikatakan elok untuk perkembangan otak iaitu menguatkan daya memori otak dan kecergasan. Dalam bidang perubatan traditional, biji, akar dan bunga bendi direbus dan diminum, mampu untuk melawaskan pembungan air kecil, mengurangkan bengkak atau radang, mengurangkan masalah susah bersalin, mengubati penyakit gornea dan sifilis.

Air rebusannya juga sesuai untuk disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul. Air rebusan yang dicampur gula boleh dibuat sirap ubat dan rawatan sakit kerongkong. Lendir bendi pula boleh digunakan sebagai ubat untuk tujuan menyejukkan dan melembutkan kulit. Biji bendi yang matang mempunyai potensi untuk di proses bagi mendapatkan minyak sayuran yang bermutu tinggi dan juga boleh diproses goreng untuk dijadikan bahan minuman sebagai kopi.

Khasiat bendi yang mungkin kita tak tau.
Khasiat bendi yang mungkin kita tak tau. Image Google. 

Daun muda bendi boleh dimakan sebagai sayuran ulaman manakala daun yang tua boleh diproses sebagai bahan kraftangan yang cantik.

Bagus kan? 

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews