Badan selalu rasa letih? Apa kata try petua ini.

Memang tak dianfikan, bila seharian bekerja mesti badan kita akan rasa lemah dan letih. Jangan orang yang bekerja diluar, kita yang suri rumah pun ada masanya rasa letih sangat badan. Betul tak? 

Korang nak tau tak, ada cara yang kita boleh buat untuk kurangkan keletihan badan. Guna air daun limau purut je. Cara penyediaannya sangat mudah. Ikut je cara kat bawah ni. 

Badan selalu rasa letih? Apa kata try petua ini.
Badan selalu rasa letih? Apa kata try petua ini. 

1. Ambil 10 helai daun limau purut dan hiriskan halus-halus.

2. Ambil 5 biji buah limau purut, potong kepada 4 bahagian. 

3. Masukkan kedua-dua bahan tadi ke dalam satu baldi air suam.

4. Ramaskan daun limau purut dan perah buah limau purut untuk mengeluarkan airnya.

5. Gunakan air tadi sebagai bilasan terakhir semasa mandi.

6. Ratakan ke seluruh badan, terutamanya kepala dan rambut.

7. Air mandian ini akan membuang toksin yang terkumpul dalam badan anda.

Tahukah korang, daun limau purut berbau harum dan bau ini membantu melegakan keletihan. Daun dan buah limau purut ini juga membantu pembuangan toksin dari badan dengan baik. Limau purut juga bertindak sebagai antibakteria penghalang bau badan.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba. 

Kredit: SuzyHoneyHerbs

1 comment:

  1. Bolehlah ciba try buat
    Daun dan buah limau purut ada banyak

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews