'Santai Tapi Sampai'

18 June 2023

Media sosial boleh jadi ladang dosa jika silap langkah.

Media sosial boleh jadi ladang dosa jika silap langkah.
Media sosial boleh jadi ladang dosa jika silap langkah.

Media sosial tak salah pun. Yang salahnya kita sebab tak menentukan had dan batasannya. Kalau baik arahnya, inshaAllah baiklah yang kita dapat. Begitulah sebaliknya. Namun, berhati hati lah sebab ada je yang 'beremosi' bila mengomen, apa yang kita takutkan tanpa sedar komen tu boleh bawa kepada fitnah yang kita sendiri tak tau kesahihannya. Dek kerana masing masing taksub kecam mengecam, kita sendiri dah terselet dosa tanpa kita sedar pun. Allahuakbar. 

Sebaiknya, fikirlah secara matang sebelum menaip komen kita. Apa akibat dan kesannya kalau kita salah? Sebenarnya kita bukan tak tau pun apa kesan dari apa yang kita komen tu, tapi sebab ikut emosi dan ragam orang lain, kita turut terjebak. Apa yang salah semua kita tendang melayang. Buat tak nampak je. 

Apa saja yang kita kata, tulis, komen semuanya dicatat ya sahabat. Baik atau buruk. Dosa atau pahala. Jum gunakan media sosial sebaiknya, kalau tak ia akan menjadi lautan dosa untuk kita lebih lebih lagi kalau kita tak pandai nak kawal emosi dan nafsu.

Media sosial boleh jadi ladang dosa jika silap langkah.
Media sosial boleh jadi ladang dosa jika silap langkah.

Just be careful ya sahabat. Apa yang sebaiknya, diam sebab itulah sebagus bagus akhlak kalaulah kita tak mampu nak bagi komen yang baik. Moga Allah merahmati kita semua. Aamiin yra.

1 comment:

  1. betul kak.. skrg dah makin menjadi2.. sy dah uninstall socmed sy termasuk fb n instgram.. cuma buka dr laptop saja... sy pun dah kurg posting

    ReplyDelete