Betul ke suami rendah lebih special?

Cikla selalu dengar orang kata, kalau suami lebih rendah dari isteri rezekinya lebih murah tak kira dalam pun keadaan baik segi relationship atau kerjaya. Suami lebih penyayang, memahami dan caring nya pun lain macam. Apa pun, bagi cikla tak kira la suami sama tinggi ke, lebih tinggi ke atau lebih rendah dari isteri sekalipun masing masing pasti ada kelebihan mereka yang tersendiri kan. Setuju tak? 

Korang nak tau tak apa 'kelebihan' berpasangan dengan suami yang lebih rendah? Jom baca ni mana tau kena dengan pasangan masing masing kan. Jom

Betul ke suami rendah lebih special? Image kredit Google. 

1. Tegas dan suka berterus terang.

Dah tentu dia tak nak nampak kurang berkeyakinan dari pasangannya kan? So, dia perlu menonjolkan kelebihan yang dia ada. Sebab tu, ada yang kata suami sebegini lebih mendominasi dalam hal komunikasi. Tapi bukanlah bermaksud dia mengongkong tau. Cumanya dia lebih tegas dengan pendiriannya. Dia juga tak amik pot apa kata orang sekelilingnya. Sekali dia mencintai, selamanya cintanya akan kekal sampai bila bila. Cewahh. 

2. Rajin.

Lelaki rendah biasanya rajin bekerja dan ligat tak kira di mana pun. Makna kata, selagi boleh dia tak akan menyusahkan pasangannya. Dia akan pastikan dirinya akan lebih sukses berbanding pasangannya. Sebab itulah, tak kira apa pun, dirinya akan terus kuat bekerja demi kebahagiaan pasangannya. 

3. Keyakinan diri lebih tinggi.

Tak kisahlah orang pandang rendah pada dia, i dont care bak kata orang putih. Haha. Sebabnya, sikap percaya dia sangat kuat. Namun, dia tak kisah kalau pasangannya lebih menonjol dari dirinya. Untunglah kan, sebab dia sentiasa bagi dorongan pada apa yang korang minat. Sekalipun korang gagal atau sukar laluinya, dia tak jemu bagi kata semangat dan galakan kat korang.

4. Ada kredibiliti tersendiri.

Korang tau tak, lelaki yang lebih rendah dari pasangannya ni  dikatakan berkarakter lebih mudah mengawal perasaan marahnya. Diaorang ni tak mudah melenting. Namun, ada masa gak diaorang ni sensitif tapi meningkatkan kasih sayang di antara pasangannya ada cara terbaik. 

Moga bermanfaat. 

Kredit Ruangan Terapi Cinta oleh Netty Ah Hiyer. 

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews