Jom cuba resepi udang masak bali yang sedap.

Seperti kerang, udang jugak adalah salah satu dari spesis hidupan laut yang boleh dimakan dan mempunyai khasiat yang tersendiri. Ia mengandungi vitamin, mineral protein yang bagus untuk kesihatan termasuk sifatnya yang rendah kalori dan tiada karbohidrat. Pada peminat udang, apa kata korang cuba resepi udang yang mudah ni. 

Jom cuba resepi udang masak bali yang sedap.
Jom cuba resepi udang masak bali yang sedap. 

Bahan :

1 kilo udang (size besar, lumur kunyit, garam dan goreng kejap).
7-8 batang serai (ketuk).
3 labu bawang merah (blend).
5 ulas bawang putih (blend).
Kicap manis/kicap lemak masin.
Cili kisar (agak-agak je).
Gula.
Garam.
Daun kari.

Caranya, panaskan minyak pastu tumis serai dan daun kari sampai layu sikit. Masukkan bawang blend, tumis sampai kekuningan kemudian masukkan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak. Lepas tu, tuang kicap dan tumis lagi, baru masukkan udang yang dah digoreng tadi. Gaul sekata pastu masukkan sedikit garam dan sedikit gula secukup rasa. Last, tabur lagi dengan daun kari. Siap untuk dinikmati. 

Selamat mencuba. 

Kredit resepi dan gambar : Roselyza.

2 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  2. Terus rasa lapar tengok. Nanti nak try la buat :)

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews