Kerang masak tumis pedas yang mudah dan sedap.

Siapa suka makan kerang? Kerang ni sapa yang tak kenal adalah sejenis makanan laut bercengkerang yang boleh dimakan. Kulit dia bentuk macam bulat lonjong dan mempunyai gegaris tetulang di luarnya. Antara kandungan nutrisi yang ada dalam kerang ialah vitamin B12, iodin, zat besi, selenium, fosforus, tembaga dan protein. 

Jom cikla nak share resepi mudah berkaitan dengan kerang ni. Jom tengok bahan dan caranya. 

Kerang masak tumis pedas yang mudah dan sedap.
Kerang masak tumis pedas yang mudah dan sedap. 

Bahan :

Kerang  1 kg.
Garam.
Sos tiram 4 sdm.
Sos cili 4 sdm.
Kicap manis 2 sdm.
Daun limau 2 helai.
Daun salam 2 helai.
Tomato dihiris.
Daun bawang.
Daun saderi untuk ditabur.

Bahan tumis :

Bawang merah 5 biji.
Bawang putih 4 biji.
Halia.
Lengkuas.
Cilipadi merah dihiris.
Cili padi dihiris.

Caranya :

Bersihkan kerang dan toskan. Kemudian, tumis bahan tumisan hingga naik bau. Masukkan kerang dan air, pastu tutup. Setelah itu masukkan sos cili, tiram, kicap dan garam. Gaul rata. Masukkan cili hiris, daun bawang dan tomato. Masak sampai semua sebati. Tabur daun saderi dan hidangkan. 

Kalau agak-agak nak masak untuk keluarga, belilah 2-3 kg kerang. Baru puas hati. Hehe. Apa yang penting, basuh kerang sebersihnya dan dengan betul sebab ia berbahaya kalau dimakan mentah atau kurang masak. 

Selamat mencuba.

Kredit resepi kepada pemilik asal resepi.

2 comments:

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews