Sapa suka makan rotu puri? Ke first time dengar pasal ni? Roti puri ni rupanya asal dari India dan kalau kat Malaysia ni selalu kita tengok roti puri ni kat kedai kedai mamak. Ritu puri ni biasa orang buat sarapan atau minum petang pun boleh sangat. 

Kalau korang nak tau, roti puri ni dibuat dari doh yang diterap nipis, tapi time digoreng dia akan jadi gelembung besar. Nak buat dia pun senang jugak lah bila tengok kat resepi ni. Alahai kecur liuq pulak dah. 

Roti puri belon.
Roti puri belon.

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
1 sdb yis
3 sudu besar minyak masak
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
3/4 cawan air panas

Cara-cara:

1- Gaulkan tepung gandum, yis, garam, gula dan minyak masak dalam bekas yang sesuai.

2- Masukkan air panas, pastu gaul rata. Uli sampai adunan tidak lekat ditangan. Kemudian bulat-bulatkan sebesar bola pingpong. Perap selama ½ jam.

3- Setelah adunan kembang, lenyekkan dengan penggelek.

4- Panaskan minyak. Pastikan minyak betul-betul panas ye baru roti kembong. Goreng sampai agak kekuningan.

5- Angkat roti dan toskan minyak. Sedia untuk dinikmati, boleh dimakan bersama sambal sardin, sambal bilis atau gulai ayam.

Selamat mencuba. 

Kredit resepi dan gambar : Cik puan Julieta.