Jom cuba resepi puding milo oreo yang senang sangat.

Siapa peminat puding? Puding ni sesuai dijadikan pencuci mulut kan dan kalau cikla pulak suka makan puding ni sejuk-sejuk. Perghhh, fresshh je rasa bila lalu tekak. So, cikla nak share satu resepi yang cikla rasa memang senang nak buat dan bahannya pun tak banyak. Nak cari pun mudah, ada je kat pasar raya nun. Okeylah, jom tengok bahan-bahannya dulu. 

Jom cuba resepi puding milo oreo yang senang sangat.
Jom cuba resepi puding milo oreo yang senang sangat. 

Bahan-bahan :

Agar-agar tali 1 paket.
Air 4 cawan.
Gula pasir 1/2 cawan.
Susu cair 1 tin.
Oreo 1 paket (krim jangan buang).
Milo 1 cawan.

Cara-cara :

1. Larutkan agar-agar dengan air di atas api yang perlahan. Dah larut, masukkan gula. Kemudian, kcau lagi sampai larut dan sebati.

2. Lepas tu, masukkan pulak susu cair dan kacau sampai mendidih.

3. Asingkan 2 cawan ke periuk lain untuk lapisan putih.

4. Manakala, yang lebihan tadi masukkan milo dan kacau sampai larut dan sebati.

5. Dah siap masak, tuangkan separuh adunan milo untuk first layer dalam bekas.

6. Tunggu sampai layer tu keras, cakar-cakarkan pakai garfu di atas layer milo yang first tadi. Kena cakar-cakar dalam. Jangan cakar ala kadar je sebab nanti tak melekat lapisan.

7. Tuang semua adunan yang putih. Patahkan dua biskut oreo dan susun biskut ikut suka banyak mana atas layer putih.

8. Dah keras masuk baki layer milo. Semuanya ada 3 layer. Dah suam-suam boleh masuk dalam peti sejuk.

Selamat mencuba. 

Kredit resepi dan gambar : Yayang Nurul.

1 comment:

  1. kena simpan resepi ni untuk dicuba nanti hehe nampak sedapp

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews