Kita mesti jarang dengar kisah nabi dan rasul selain dari Nabi Ululazmi dan 25 Nabi dan Rasul yang wajib diketahui kan? Betul tak? So, cikla nak share kisah Nabi ni yang cikla agak mesti ada yang first time dengar dan tau kan. Jom baca kalau nak tau.
Nabi Daniel.
Kisah Nabi Daniel ni terjadi masa zaman pemerintahan Raja Nebukadnezar iaitu Raja Babylon yang telah menawan Jerusalem. Penawanan itu telah menyebabkan seluruh penduduk bani Israel ada yang dibunuh dan ada jugak yang dijadikan tawanan. Dan, Nabi Daniel termasuk antara mereka yang jadi tawanan.
Satu hari, Raja Nebukadnezar telah bermimpi. Ekoran dari mimpi tu Raja telah memanggil semua pembesar-pembesarnya sebab nak suruh dorang tafsir mimpi. Tapi Raja tak puas hati. Kemudian, Raja dapat tahu ada sorang pemuda nama Daniel boleh bantu dia tafsirkan mimpinua tu. Maka dibawakanlah Nabi Daniel menghadap Raja.
Nabi Daniel kemudian menafsirkan mimpi Raja. Dalam mimpinya, Raja melihat ada sebuah patung berupa manusia di mana kepalanya dibuat dari emas, dadanya dibuat dari perak, perutnya tembaga dan kakinya dari besi tapi semuanya hancur dimusnahkan oleh sebuah batu.
Nabi Daniel pun menerangkan maksud mimpi itu. Patung berkenaan adalah berkenaan dengan kerajaan. Kerajaan yang ada sekarang iaitu kerajaan Raja Nebukadnezar adalah emas akan diganti oleh kerajaan seterusnya nanti yang lebih lemah ibarat perak sifatnya, kemudian diganti dengan kerajaan yang lebih lemah lagi ibarat tembaga, diikuti kerajaan seterusnya yang lebih lemah lagi ibarat besi, dan akhir sekali kesemua kerajaan itu akan musnah.
Raja berpuas hati dengan penerangan Nabi Daniel lalu melantik Nabi Daniel jadi penasihat. Pelantikan ni telah menyebabkan pegawai-pegawai kerajaan yang lain jeles lalu mereka telah menfitnah Nabi Daniel. Akibat dari fitnah tu, Nabi Daniel telah dihukum iaitu dimasukkan ke dalam sebuah lubang. Kat dalam lubang tu menanti sekor singa yang sedang kelaparan.
Nabi Daniel pun berdoalah kepada Allah. Maka, Allah telah mentakdirkan singa-singa itu semua jadi jinak dan tak mencederakan Nabi Daniel. Namun, settle satu masalah, hurmm masalah lain pulak yang timbul. Masalahnya, lepas beberapa hari duduk kat dalam lubang tu bersama dengan singa, Nabi Daniel berasa sangat lapar. Nabi Daniel pun berdoa mengadu kepada Allah akan keadaan dirinya yang lapar.
Mendengar doa dari Nabi Daniel, Allah pun menurunkan wahyu kepada seorang lagi nabi iaitu Nabi Armiya untuk membawa makanan dan membantu Nabi Daniel. Nabi Armiya berasa buntu macam mana nak bantu Nabi Daniel sebab jarak yang jauh. Nabi Daniel kat Babylon, Iraq sedangkan Nabi Armiya di Jerusalem iaitu Palestin.
Maka, Allah berwahyu kepada Nabi Armiya untuk menyiapkan saja makanan. Sekelip mata Allah sampaikan Nabi Armiya ke tempat Nabi Daniel yang sedang dikurung. Maka, dapatlah Nabi Armiya membantu Nabi Daniel.
Wallahu a’lam.
Kredit to Owner.
No comments: