Petua di dapur yang mak mak kena tau. Menarik sangat.

By Cikla Shahril - September 29, 2020

PETUA DI DAPUR YANG MAK MAK KENA TAU. MENARIK SANGAT. Hai mak mak sekalian. Tengah sibuk dekat dapur ke tu? Ke tengah sental singki daki tak hilang sampai berpeluh ketiak. Haha. Tak pe tak pe. Meh baca ni, cikla share petua mudah nak atasi masalah yang selalu berlaku di dapur. 

Petua di dapur yang mak mak kena tau. Menarik sangat.
Petua di dapur yang mak mak kena tau. Menarik sangat. Gambar ubahsuai Google.

1. Masalah singki atau tombol paip ‘chrome’ yang diseliputi daki putih seperti kapur. Korang sental singki dengan menggunakan bahan campuran 2 sudu besar ‘garam’ dan 1 sudu kecil ‘cuka’. Confirm bersih berkilat dapur korang. 

2. Membersihkan meja atau ‘Counter Top’ dan membuatkannya berbau harum wangi semula. Cara, lapkan kawasan tersebut dengan kain yang telah direndam dalam cuka pekat.

3. Membersihkan dan mewangikan saluran paip singki dan lubang paip lantai dengan menuangkan 1 cawan baking soda, kemudian 1 cawan cuka panas. Biarkan selama 5 minit dan akhir sekali tuangkan air panas.

4. Menghilangkan bau pada tong sampah atau tempat pengumpulan sampah. Tuangkan sehingga rata ½ cawan baking soda dan ½ cawan cuka. Lepas tu, biarkan selama 5 minit dan bilas menggunakan air panas.

5. Cuci microwave oven. Campurkan ½ cawan cuka dengan ½ cawan air dalam mangkuk mesra microwave. Then, didihkan campuran itu dalam microwave oven sampai mendidih selama beberapa ketika. Bahan bahan makanan yang terlekat tu akan tertanggal dan bau busuk akan hilang. Last, lap dengan kain sehingga bersih.

Mudah kan? Selamat mencuba. 

Kredit Group Telegram Petua&Kesihatan. 

  • Share:

You Might Also Like

3 Orang yang komen.