'Santai Tapi Sampai'

Kita susah hati tengok orang lain lagi berjaya dari kita. Sebab? Sebab kita mengukur kejayaan orang lain dengan kejayaan kita. Susah hati te...

Susah hati tengok kejayaan orang lain?

Kita susah hati tengok orang lain lagi berjaya dari kita. Sebab? Sebab kita mengukur kejayaan orang lain dengan kejayaan kita.

Susah hati tengok kejayaan orang lain?
Susah hati tengok kejayaan orang lain? Kredit gambar Google. 

Contoh : 

Ada orang dia bandingkan jualan nasi lemak A dengan nasi lemak dia.

Nasi lemak A dah jual 3 tahun. Nasi lemak dia baru 3 bulan. Nasi lemak A dah ada 50 channel. Dia baru ada 5 channel. Nasi lemak A dah dimakan oleh beribu orang. Nasi lemak dia baru 300, 400 orang makan.

Dia susah hati bila dia tengok Owner nasi lemak A update jual 1000 bungkus sehari. Dia susah hati bila tengok Owner nasi lemak A hantar gambar jualan habis setiap hari.

Dia rasa dia tak pandai menjual.
Dia rasa dia tak pandai berniaga.
Dia rasa tak ada orang nak beli nasi lemak dia.

Dia susah hati.

Dia tak letak ada 5 channel itu satu kejayaan.
Dia tak letak beratus orang makan itu satu kejayaan. Dia tak letak yang pelanggan pernah rasa nasi lemak dia itu satu kejayaan.

Sebab apa?

Sebab dia bandingkan pencapaian Nasi Lemak A dengan pencapaian Nasi lemak dia.

Susah hati tengok kejayaan orang lain?
Susah hati tengok kejayaan orang lain? Kredit gambar Google. 

Kawan-kawan, kita jangan jadi seperti dia.

Dia tak fikir berapa lama Nasi Lemak A
bina kepercayaan. Dia tak fikir berapa lama Nasi Lemak A bina channel. Dia tak fikir berapa lama Nasi Lemak A fight untuk dapatkan market nasi lemak.

Sebab itu dia fikir dia loser.

Dia tak pandai berniaga. Dia terlupa bahawa Nasi Lemak A sudah lalui proses yang panjang membina bisnesnya. Dia terlupa bahawa semua yang dia capai juga satu kejayaan.

Oleh sebab itu dia selalu susah hati. Dia sepatutnya melihat Nasi Lemak A sebagai contoh, bukan pesaing. Dengan menjadikan A sebagai contoh beliau kini ada benchmark untuk
dicapai dan rujukan sebelum melakukan
apa apa tindakan.

Kesimpulan : 

Jangan kita jadi seperti dia. Raikan kejayaan kecil kita. Senangkan hati kita dengan kejayaan kita. 

#cnp

2 comments:

  1. "bantingtravel.blogspot.com
    Cuti-cuti Malaysia in Banting, introducing about Banting attraction and nice restaurant"

    ReplyDelete