Penggunaan komputer adalah satu keperluan terutama pada mereka yang berkerja dengannya. Tapi, tahukah korang macam mana nak jaga komputer atau laptop korang tu sentiasa tip top tanpa sebarang masalah? Jom check 4 perkara berikut.
Mahu komputer atau laptop korang sentiasa tip top? Jom check 4 perkara ini. Gambar diubahsuai dari carian Google. |
4 perkara yang korang kena lakukan adalah:
1 - Bersihkan habuk.
Korang tau tak, habuk yang terkumpul akan menyebabkan kipas cooler processor berpusing perlahan. Bila dah slow tu, processor akan mengeluarkan haba yang lebih biasa, so ia akan menjadi terlalu panas atau overheat.
2 - Ganti thermal paste.
Mungkin ada yang tak tau, thermal paste adalah cecair yang diletakkan di atas dengan tujuan menyejukkan processor. Dengan kecanggihan teknologi, ada jenis terbaru thermal paste ni yang mana ia berbentuk seperti getah. So, thermal paste ini sebaiknya ditukarkan setahun sekali sebab kalau dia ni dah kering, dia akan jadi keras sekaligus akan menyebabkan suhu processor naik. Tukarlah thermal paste ini at least 2 tahun sekali untuk tujuan penjagaan suhu processor.
3 - Air Flow Management atau sistem saliran udara.
Aliran udara atau air flow penting yakmat supaya suhu rumah korang sentiasa berada dalam keadaan dingin. Kalau tak, korang akan rasa panas terutama cuaca panas terik. Hal yang sama jugak akan berlaku bila suhu komputer korang panas, ia akan mempengaruhi semua komponen kat dalamnya nak nak pulak si motherboard. Lagi satu, kalau komputer korang panas, korang akan rasa sedikit lag pada komputer tu.
4 - Susun fail.
Ada orang yang ambil remeh pasal penyusunan fail. Sebab tu, ada ruangan desktop dipenuhi dengan fail sampai takde ruang kosong langsung. So, berpada-padalah. Letak fail yang penting je. Fail-fail selain dari itu korang boleh letak di 'My Documents' atau di partition lain seperti D,E,F dan sebagainya. Kalau tak, komputer korang akan jadi berat untuk load kesemua fail tersebut semasa proses booting windows.
Moga bermanfaat.
Kredit Grup Telegram PetuadanKesihatan.
komputer kalau tiptop, nak guna pun seronok je :)
ReplyDeleteGood tips, tq! Jemput join my GA :) http://www.aimisyahirah.com/2020/09/special-september-giveaway-by-misya.html
ReplyDelete