'Santai Tapi Sampai'

11 September 2020

Takzirah petang Jumaat.

Lamanya tak sharing something dekat blog kesayangan cikla ni. Maklumlah, sejak beranak kecik balik ni, masa macam terlalu mencemburui pulak. Hehe. Siang bz dengan aktiviti rutin, malam dah letih apa lagi nampak bantal tidur je lerr. Hehe. 

Oklah, cikla nak share perkongsian daripada  Yang Berbahagia Ustazah Nurhafizah. Jom hayatinya. 

Tazkirah petang Jumaat.
Tazkirah petang Jumaat. Gambar ubahsuai dari carian Google. 


Tengok pertandingan 90 minit.
Tengok drama bersiri 60 minit.
Tengok movie 130 minit.
Tunaikan SOLAT hanya 5 minit saja.
Di dalam api neraka Jahannam sepanjang hayat. 

Untuk akal yang maju, renungkanlah.

Di Whatsapp 300 kawan.
Di Blackberry 500 kawan.
Di contact phone 80 kawan.
Di kampung 50 kawan.

Dalam keadaan susah hanya ada 1 kawan. Dalam jenazahmu, hanya keluargamu saja yang menguruskannya. Dalam kubur hanya kau sendirian. Jangan anggap aneh kenyataan ini, sebab memang seperti inilah kenyataan hidup.

Pada Hakikatnya: "Tidak ada yang dapat memberikan kemanfaatan bagimu kecuali solatmu."

Duduk setelah salam dari solat yang telah diwajibkan adalah waktu yang paling mulia sebab pada waktu itu turun rahmat Allah Azza Wajalla.

Jangan tergesa-gesa berdiri, bacalah istighfar, bertasbihlah, baca ayat Al Qursi, dan jangan lupa bahawa sesungguhnya engkau berada dalam jamuan Dzat Yang Maha Rahman Azza Wa Jalla. 

Apabila kamu telah selesai, kerjakanlah dengan bersungguh-sungguh dan hanya kepada Allah SWT hendaknya kamu berharap.

LANGKAH MENUJU SYURGA.

Ada 5 perkara kita semua pasti inginkan serta berusaha untuk mendapatkannya:

1. Wajah yang cantik.
2. Duit berjuta-juta.
3. Sihat dan kuat.
4. Anak-anak yang patuh serta berjaya.
5. Tidur nyenyak tanpa ubat penenang.

Hal itu mudah kita perolehi, hanya perlukan waktu 15 minit saja. Bagaimana caranya?

Nabi SAW bersabda: 

1. Barangsiapa yg tinggalkan solat Subuh maka wajahnya tak akan ada cahaya.

2. Barangsiapa yang tinggalkan solat Zohor nescaya tak ada keberkatan dalam rezekinya. 

3. Barangsiapa yang tinggalkan solat Asar nescaya tak ada kekuatan dalam jasadnya. 

4. Barangsiapa yang tinggalkan solat Maghrib nescaya tak ada buah atau hasil yang boleh dipetik dari anak-anakya.

5. Barangsiapa yang tinggalkan solat Isya' tak ada kenyamanan dalam tidurnya.

Tahu kenapa kalimah 'Laa ilaaha Illallah' tidak sampai menggerakkan bibir jika diucapkan? Sebab ini adalah rahmat dari Allah SWT ke atas orang Islam, supaya jika maut menghampiri dengan mudah ia menyebutkan kalimah itu.

Wallahu A'lam.

1 comment: