13 tip langkah penjagaan kaki yang mudah.

By Cikla Shahril - July 05, 2022

Tak dinafikan, kaki juga penting dalam kehidupan seharian kita. Fungsinya membantu kita bergerak ke sana sini dengan mudah dan tanpa batas. 

Untuk pastikan korang mempunyai kaki yang sihat dan cantik, korang boleh praktikkan beberapa amalan ini sebagai langkah penjagaan kaki yang betul dan baik. Jom baca. 

13 tip langkah penjagaan kaki yang mudah.
13 tip langkah penjagaan kaki yang mudah. Kredit Google.

1. Pastikan kaki sentiasa dibasuh menggunakan sabun terutamanya di celah-celah jari.
 
2. Jangan lupa keringkan kaki serta di celah-celah jari menggunakan tuala bersih selepas dibasuh.
 
3. Pastu, sapu losen yang sesuai untuk mengelakkan kulit jadi kering.
 
4. Urutlah kaki korang tu perlahan-lahan. Manja-manjakan dia, haha.
 
5. Kalau korang berstoking, pastikan stoking adalah dari material yang baik dan sesuai, contohnya kain kapas yang menyerap peluh. Pastu, tukar stoking setiap hari dan pastikan saiznya tak terlalu ketat tau. 

6. Jangan sesekali keluar dari rumah dengan tak memakai kasut ataupun selipar. Bukan apa, risau pulak nanti kaki mudah terpijak benda-benda tajam atau panas.
 
7. Pilihlah dan guna kasut yang bersesuaian, contohnya pilih kasut yang lembut buatannya untuk mengelakkan kaki daripada luka.
 
8. Sentiasa memeriksa kasut yang digunakan supaya takde benda tajam yang boleh mencederakan.
 
9. Potonglah kuku kaki tapi jangan terlalu pendek. Tapi ingat, jangan sesekali bulatkan di bahagian tepinya bagi mengelakkan kulit terluka.
 
10. Elak rendam kaki lebih dari lima minit dalam air panas.
 
11. Elak duduk dalam keadaan kaki yang bersilang dalam tempoh waktu yang lama.
 
12. Periksa kaki,tapak kaki dan celah-celah jari tiap hari untuk kesan rekahan kulit, kudis, bisul, perubahan warna kulit dan sebagainya.
 
13. Peruntukkan sedikit masa dengan meletakkan kaki lebih tinggi daripada badan dalam keadaan berbaring. 

Moga bermanfaat. 

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments