Memang tak dinafikan, sikap marah adalah sikap semulajadi manusia. Namun, marah adalah sifat syaitan. Syaitan ni biasalah, kerja dia memang suka mengajak buat benda yang tak elok. Hurmm, cikla pun pernah marah. Bohonglah kalau kata tak pernah marah kan. Sebab marah itu biasa. Eksperesi tu jadi secara spontan terutama bila kita dizalimi atau menghadapi masalah.
Dalam Islam, menahan marah dan mengawalnya adalah sikap yang dituntut dan sangat terpuji. So, apa kata kita praktikkan sunnah Nabi SAW dalam mengawal kemarahan.
Mengubah posisi duduk.
Cara ini diterangkan dalam hadis berikut: Mengubah Posisi. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim).
Ambil wuduk.
Rasulullah SAW bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud).
Mendiamkan diri ketika marah.
Cara mendiamkan diri mampu mengurangkan rasa marah. Hal ini kerana panas baran berlaku apabila berlakunya tindakan demi tindakan yang menyebabkan suasana tegang. Oleh itu, mendiamkan diri membolehkan kita mengurangkan rasa marah.
Berfikiran positif.
Elakkan daripada memekik atau bersuara lantang ketika marah kerana ia akan menyebabkan suasana menjadi tidak terkawal dan hati juga penuh emosi. Oleh itu berfikir lah secara positif dimana marah bukanlah cara penyelesaian. Adalah lebih jika merendahkan suara dan tidak menggunakan perkataan yang mungkin menyinggung perasaan orang lain.
Atasi sikap marah dengan 7 cara ini. Kredit gambar Google. |
Luahkan pada masa dan tempat yang sesuai.
Cari tempat untuk luahkan masalah tanpa perlu merasa marah. Contohnya, meluahkan masalah pada teman terdekat yang dipercayai. Setiap individu mempunyai cara meluahkan yang berbeza, namun pastikan ia positif dan membawa kebaikan kepada diri sendiri.
Bawa bertenang.
Tarik nafas juga mampu kurangkan rasa marah. Ia akan membolehkan kita mengawal emosi ketika marah.
Senyum.
Senyuman mampu mengurangkan rasa marah. Walaupun senyum nampak mudah namun senyuman tidak mudah di ukir di wajah orang yang berada dalam keadaan marah. Namun percayalah, dengan senyuman perasaan marah kita akan menjadi reda.
Moga bermanfaat.
Tiap kali marah, saya tak nak buat keputusan atau melakukan apapun yg bisa buat saya menyesal. Jadi jauhkan hp dan gadget juga. Berkurung di kamar, sampai emosi reda.
ReplyDeleteSay takut kalo buat keputusan di saat emosi masih tinggi, saya yang akan menyesal nantinya