Rambut kekal sihat walaupun bertudung? Macam mana?

Memang tak dinafikan ada orang terpaksa memakai tudung lebih dari 12 jam disebabkan oleh tuntutan kerja dan sebagainya. 

Tak menjadi masalah sebenarnya, tapi ada kalanya dalam keadaan cuaca yang panas terlalu lama boleh menyebabkan kepala terutamanya, rasa kurang selesa. 

Itu belum lagi yang ada masalah rambut rosak dan masalah kulit kepala termasuklah kelemumur. 

Jadinya, cikla nak share beberapa tip yang mungkin korang boleh praktikkan, sekaligus dapat menjaga keselesaan kulit kepala dan rambut kekal sihat bermaya. 

Rambut kekal sihat walaupun bertudung? Macam mana?
Rambut kekal sihat walaupun bertudung? Macam mana? Gambar diubahsuai dari carian Google.

Jangan pakai tudung masa rambut masih basah. Pastikan rambut dalam keadaan kering sebab kalau rambut masih basah akan mengakibatkan kulit kepala gatal lebih lebih lagi kalau kulit kepala korang jenis sensitif. 

Selain tu, pemilihan jenis fabrik tudung jugak penting. Elak pilih fabrik jenis panas dan tak terlap peluh. 

Kalau korang ada duit lebih tu, buatlah rawatan rambut. Pergi ajelah salun salun rambut, dan dapatkan rawatan dari mereka yang pakar. Tak salah sesekali manjakan rambut kan. Hehe. 

Ada orang suka pakai hair spray pada rambut dia. Haa, ok gak tu, tapi pastikan pilih spray yang sesuai dengan rambut koranglah. Nanti bau rambut kempam tak hilang, masalah rambut rosak pulak timbul. 

Last, yang paling penting jaga pemakanan untuk pastikan kulit kepala dalam keadaan sihat. 

2 comments:

  1. Bertudung ni rambut selalu penyet kan..huhu

    ReplyDelete
  2. Nice Info
    Singgah
    Salam kenal
    Saya baru belajar blog
    ini blog baru saya : https://www.templateppt.eu.org/

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (446) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews