'Santai Tapi Sampai'

9 August 2020

Nak tau 4 aktiviti yang boleh dilakukan bila berkunjung ke Kuala Selangor?

Bagi cikla, Kuala Selangor tak kurang hebatnya dengan panorama dan tempat kunjungan menarik yang boleh korang lawati. Selain ia popular dengan kehijauan sawah padi yang luas terbentang yang terletak di kawasan Sekinchan, Kuala Selangor mempunyai beberapa lagi tempat best yang memang rugi kalau korang tak pergi. 

Nak tau 4 aktiviti yang boleh dilakukan bila berkunjung ke Kuala Selangor?
Nak tau 4 aktiviti yang boleh dilakukan bila berkunjung ke Kuala Selangor? Gambar kredit Google.

Bergambar di Pantai Cermin.

Bagi cikla tempat ni sangat unik dan menarik. Kalau korang berkunjung ke sini, jangan lepaskan peluang merakam momen indah sebagai kenang-kenangan. Namun, sebelum korang ke sini kena buat perancangan awal sebab tempat ni bukanlah tempat yang boleh dikunjungi bila-bila masa. Kawasan tersebut hanya 'muncul' dalam masa yang terhad ketika paras laut berada pada tahap rendah. Kalau korang dari Sekinchan, ia terletak kira-kira 40 minit selepas menaiki bot di jeti pekan lama Kuala Selangor, dengan harga tiket RM80 untuk dewasa dan RM60 untuk kanak-kanak. 

Rasai pengalaman eagle feeding.

Bertempat di Pasir Penambang, tempat ini memberi peluang dan pengalaman kepada korang melihat eagle feeding. Sebaik saja sampai sampai dekat sana, pemandu bot akan mencampakkan ketulan daging dan ayam ke dalam air sungai. Masa inilah, sang helang akan menyambar "hidangan petang mereka." Harga tiket adalah RM30 untik dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak. 

Terokai pengembaraan Avatar Blue Tears.

Bertempat di jeti Kuala Selangor, air mata biru ini membawa 1001 senyuman dengan lautan organisma bioluminescent yang dikenali sebagai blue tears. Fenomena ni turut digambarkan seperti Avatar dari perairan aurora sebab ia 'terganggu' oleh gelombang, kunang-kunang laut itu akan memancarkan pendarflour berwarna biru. Menarik kan?

Menikmati keindahan sang kelip-kelip.
 
Lokasi di sungai Selangor, Kampung Kuantan dengan harga tiket RM20 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak, korang boleh menikmati keindahan kelip-kelip yang pasti sangat mengujakan. Keindahan kelip-kelip yang hinggap di pokok-pokok di tepi tebing sungai Selangor umpama sungai yang bercahaya seperti dipasang lampu diod pemancar cahaya. 

So, meh datang ke Kuala Selangor. Korang confirm happy!

4 comments:

  1. selalu dengar pasal pantai cermin juga rupanya banyak lagi tempat menarik di kuala selangor :) ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  2. Teringat masa pergi Kuala Selangor 2016 dulu, best jugak :D

    ReplyDelete
  3. boleh tahan harga tiket

    ReplyDelete
  4. One day, will go there...

    ReplyDelete