9 August 2020

Apa cara yang betul nak simpan sos, telur, susu segar dan ubat dalam peti sejuk? Baca ni.

Ada orang, kalau kita bukak peti sejuk dia, macam macam ada kat dalam tu. Letak pun, main ikut je. Sudahnya, ada barang yang cepat rosak, rasa pun berubah. Jadinya, jom baca ni cikla nak share cara yang betul nak simpan bahan penting dalam peti sejuk. 

Apa cara yang betul nak simpan sos, telur, susu segar dan ubat dalam peti sejuk? Baca ni.
Apa cara yang betul nak simpan sos, telur, susu segar dan ubat dalam peti sejuk? Baca ni. Gambar diubahsuai dari carian Google.

Cara simpan sos cili sos tomato, kicap, sos tiram, sos lada hitam dan mayonis yang sudah dibuka.

Rasanya kebanyakannya suka letak sos di luar bila sudah dibuka. Tapi, korang perasan tak, ada label pada botol sos dan kicap tertulis "refrigerate after opening"

Ini adalah kerana untuk mengelakkan kulat tumbuh di sekeliling mulut botol termasuklah penutup botol. So, dekat mana pulak korang nak letak botol botol ni semua dekat dalam peti ais tu? Tentunya dekat bahagian pintu peti ais. 

Cara simpan susu. Macam mana?

Kalau susu dalam tin, tak kiralah pekat atau cair boleh disimpan dalam peti sejuk di bahagian pintu dia. Tapi, sebelum tu kenalah transfer dulu dari bekas tin asal dia ke dalam bekas bertutup yang sesuai. 

Elak dari menyimpannya bersama sama dengan tin dalam peti sejuk, sebab keadaan dalam peti sejuk yang lembap dengan oksigen boleh menyebabkan pengaratan tin. Itu belum lagi kalau terpegang mulut tin yang tajam, dah luka tangan tu. 

Kalau susu segar atau susu kotak pulak, simpan di bahagian dalam peti sejuk, jangan simpan di bahagian pintu sebab suhu di bahagian peti tak stabil dan berubah-ubah terutama bila korang membuka atau menutup pintu peti ais. Keadaan ni jugak akan menyebabkan susu cepat rosak. 

Apa cara simpan telur dengan betul ye?

Sebenarnya, telur lebih elok disimpan dalam bekas telur asal dia sebab, dekat bekas ada tulis tarikh best before telur tu boleh digunakan. 

Lagipun, menggunakan bekas asal telur akan diletakkan dalam posisi optimum di mana telur kuning berada di tengah tengah, selain dari memanjangkan tempoh kesegaran telur sebelum tarilh luputnya tamat. 

Selain itu, jangan dibasuh telur sebab dikulit telur terdapatnya lapisan perlindungan untuk halang bakteria masuk ke dalam telur, sekaligus percepatkan proses telur rosak. 

Selain tu, simpanlah telur di tempat terlindung dari cahaya matahari dan suhu yang konsisten.

Kalau korang menyimpan telur dalam peti sejuk, jangan letak telur di bahagian pintu peti ais. Apa yang terbaik, simpan di bahagian dalam peti ais sebab di bahagian pintu peti sejuklah mempunyai suhu yang tak tetap. So, perubahan suhu yang tak menentu ini akan menyebabkan telur cepat rosak. 

Selain itu, kalau telur disimpan di bahagian dalam peti, simpan telur terlebih dahulu dalam bekas kedap udara yang sesuai dan bertutup rapat sebab ia penting untuk mengelakkan cross contimination telur yang kotor (sebab telur jangan dibasuh for same reason as above) dengan makanan lain di dalam peti ais. 

Apa yang paling penting jangan dibasuh telur, kalau dah nak dimasak baru basuh. 

Haa, nak simpan ubat ubatan macam mana pulak? 

Rasanya ramai yang suka letak ubat dalam peti ais terurama di bahagian pintu peti ais. Namun, sebenarnya, ubat tak perlu disimpan dalam peti ais pun, apatah lagi di bahagian pintu peti ais. 

Kalau korang simpan dekat pintu, korang bukan menambah tempoh best-use dia, tapi cepat merosakkan ubat. 

Ubatan jenis cecair sangat sensitif dengan haba, kelembapan, dan cahaya matahari. Sudahlah dalam peti ais tu kawasannya lembap. 

Lagipun dekat botol ubat kan ada tertera label "keep in dry and cool place", tapi bukan cool peti ais ye. Memadailah ubat tu semua di simpan dekat dalam kabinet yang jauh dari cahaya matahari dan agak dingin seperti dalam kabinet atau pantry.

Apa yang penting, alert pada expired date ubat tersebut. Label pada tutup botol ubat bila kita bukak ubat tersebut. 

Kredit : Info dari grup telegram PetuadanKesihatan.

No comments:

Post a Comment