'santai tapi sampai'

Rentetan kes baru yang turun naik saban hari, dan muncul pulak kluster baru kerajaan memutuskan penggunaan wajib pelitup muka dan hidung ter...

Nak keluar rumah ke tu? Jangan lupa pakai pelitup muka dan hidung ya!

Rentetan kes baru yang turun naik saban hari, dan muncul pulak kluster baru kerajaan memutuskan penggunaan wajib pelitup muka dan hidung terutama berada di tempat awam dan ramai orang. 

Sekarang ni pun, cikla dengar kalau naik kereta lebih dari 2 orang wajib pakai pelitup muka dan hidung jugak. 

Nak pilih pelitup muka pun kena tengok tengok jugak sebab ia penting untuk elakkan kita terkena jangkitan dan 'titisan' yang boleh memudaratkan kita. 

Cikla tengok dekat pasaran pun banyak dah dijual pelitup muka tak kurang jugak pelitup muka dari jenis fabrik yang agak tak sesuai. Senang cakap, pelitup muka berfesyen gitu. 

Tapi, terpulang pada masing masing punya 'selera' kan. Yang penting, safety first. 

Nak keluar rumah ke tu? Jangan lupa pakai pelitup muka dan hidung ya!
Nak keluar rumah ke tu? Jangan lupa pakai pelitup muka dan hidung ya! Gambar diubahsuai dari carian Google.


Namun, cikla nak share lah ciri pelitup muka yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). 

Pelitup muka yang disarankan adalah pelitup muka 3 lapis. Lapisan dalam pelitup muka mestilah dari bahan yang bersifat menyerap air atau hidrofilik seperti kapas atau campuran kapas sebab bahan macam ni boleh menyerap titisan air. 

Untuk lapisan tengah pulak, ia mestilah diperbuat dari bahan yang bersifat menghindar penyerapan air atau hidrofobik, contohnya bahan sintetik bukan tenunan (synthetic non woven) seperti polipropilena atau lapisan kapas yang berfungsi meningkatkan penapisan atau menyerap titisan cecair. 

Manakala, untuk lapisan luar mestilah dari bahan yang bersifat menghindar penyerapan air seperti polipropilena, poliester atau campurannya. 

Bahan seperti ini berfungsi menghadkan pencemaran dari luar daripada menembus masuk ke hidung dan mulut. 

Di mana saya wajib pakai penutup muka?

1. Masjid atau surau.
2. Rumah ibadat bukan islam.
3. Majlis sosial. 
4. Pawagam dan acara langsung (live event).
5. Bas atau van sekolah. 
6. Pengangkutan awam. 
7. Zoo.
8. Kedai gunting dan salun  kecantikan. 
9. Premis kesihatan seperti klinik dan hospital.
10. Sukan dan rekreasi wajib semasa di kawasan premis/venue/tempat awam apabila tidak melakuka  aktiviti sukan. 
11. Pasar awan dan pasar tani.
12. Peruncitan, iaitu kedai, dobi, restoran, kompleks membeli belah, pasaraya, bengkel dan stesen minyak. 
13. SPA, pusat kecantikan dan refleksologi.
14. Pusat hiburan keluarga. 


Nak keluar rumah ke tu? Jangan lupa pakai pelitup muka dan hidung ya!
Nak keluar rumah ke tu? Jangan lupa pakai pelitup muka dan hidung ya!


Nak keluar rumah ke tu? Jangan lupa pakai pelitup muka dan hidung ya!
Nak keluar rumah ke tu? Jangan lupa pakai pelitup muka dan hidung ya!

Jangan berkira membeli pelitup muka yang berharga RM1.50 sekeping tu daripada terpaksa membayar denda RM1000. 

Jom patuhi SOP demi kesihatan kita semua. Semua bertitik tolak pada kesedaran diri sendiri. 

0 comments: