'Santai Tapi Sampai'

17 March 2022

Ibu kena kencing manis masa mengandung? Apa kata amalkan tip pemakanan ni.

Dulu ingat lagi masa mengandungkan dak Aaira, first time kena kencing manis. Time tu pun rasanya dah nak masuk trimester kedua. Jenuh gaklah ulang alik klinik pantau gula. 

Tapi ikutkan takdelah tinggi sangat bacaan gula tu, tapi itulah memang kena monitor, lagi-lagi bagi kesan kat baby. Gigih jugaklah control makan, padahal time tu nafsu makan boleh tahan. 

Maklumlah makan untuk 2 orang katanya, haha. 

Tapi kan, biasanya lepas bersalin kencing manis ni akan hilang tapi tengok orang gak la. Dan misi pernah kata, kalau pernah kena lepas tu kena jaga-jaga potensi untuk kena tu ada (kencing manis type 2) walaupun kita tak mengandung pun. 

Kencing manis masa mengandung ni takde simptom yang khusus pun, dan biasanya dapat dikesan bila ibu buat ujian saringan. 

Namun, ada sesetengahnya boleh mengalami simptom kerap kencing, kerap haus, cepat penat dan mulut kering kalau kadat gula dalam darah naik terlalu tinggi. 

Ada jugak yang kata semua tu gejala biasa orang mengandung, tapi nak lebih jelas eloklah dapatkan pengesahan doktor kan. 

Ibu kena kencing manis masa mengandung? Apa kata amalkan tip pemakanan ni.
Ibu kena kencing manis masa mengandung? Apa kata amalkan tip pemakanan ni. Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Apa pulak punca kencing manis masa mengandung ni eh?

Kalau badan seorang ibu mengandung tak dapat nak hasilkan insulin dan memanfaatkan glukosa dengan baik, makanya kencing manis ini boleh berlaku. 

Tapi, ada beberapa faktor lain yang turut mempengaruhi, seperti ;

  1. Ibu berumur 25 tahun ke atas.
  2. Ada sejarah ahli keluarga yang ada kencing manis.
  3. Pernah ada masalah kencing manis sebeum ni.
  4. Berat badan berlebihan biasanya BMI 30 ke atas.
  5. Menghidap intoleransi glukosa.
  6. Mengambil ubatan contohnya glukortikoid, beta-blocker atau antipsikotik.

So, macam mana ibu nak kawal keadaan ni untuk elak berlakunya komplikasi lain? Jawapannya sudah tentu mesti amalkan diet untuk ibu mengandung dengan kencing manis!

Ibu kena kencing manis masa mengandung? Apa kata amalkan tip pemakanan ni.
Ibu kena kencing manis masa mengandung? Apa kata amalkan tip pemakanan ni. Kredit Google. 

1 - Jangan makan terlalu banyak. 
Contoh, ibu boleh ambil 3 hidangan maksimun 
dalam masa sehari supaya ibu masih dapat 
nutrisi dan elak kadar gula dalam darah jadi 
terlalu tinggi.

2 - Lebihkan mengambil serat. 
Ibu mungkin perlu mengambil lebih banyak 
serat daripada roti, nasi, barli, kekacang atau 
bijirin lain supaya mampu kekalkan kadar 
glukosa dalam badan.

3 - Lebihkan mengambil susu. 
Susu adalah sumber kalsium terbaik dan susu 
akan dapat diserap dengan lebih cepat. Namun, 
jangan ambil banyak sangat pulak ye.

4 - Kurangkan mengambil gula. Dah sah-sah ini 
perkara paling penting yang ibu mesti elak iaitu 
makanan atau minuman yang tinggi gula untuk 
kekalkan gula dalam darah.

5 - Jangan skip breakfast. 
Ibu-ibu tau tak, kadar glukosa adalah susah 
dikawal pada waktu pagi sebab hormon kehamilan 
yang kuat. So, wajib breakfast dengan pilihan hidangan 
yang tepat.

4 - Pilih alternatif yang paling baik. 
Bagi menggantikan gula, ibu mengandung jugak 
boleh guna pemanis alternatif seperti Aspartame, 
Acesulfame, Sucralose dan Stevia untuk elak kencing 
manis yang dialami jadi lebih teruk.

5 - Ibu kena kekal aktif. 
Ini adalah sangat penting ye bagi setiap ibu mengandung 
tak kisahnya ada kencing manis ke tak untuk sentiasa 
kekal aktif bagi memastikan kecergasan dan kekuatan 
tubuh badan.

Moga dipermudahkan urusan ibu-ibu ya.

Kredit info : HELLO DOKTOR

No comments:

Post a Comment