'Santai Tapi Sampai'

5 March 2022

Betul ke 4 cara ni boleh halang gigi dari rosak dan berbau?

Tak dinafikan ada sesetengah orang mengalami masalah mulut berbau disebabkan gigi yang rosak? Betul tak? Ada kalanya kalau gosok gigi banyak kali pun masih tak dapat hilangkan bau Yang tak enak itu. 

Hurmm,  apa kata try 4 cara ni pulak mana tau berkesan untuk korang kan. Kalau ok, bolehlah amalkan setiap hari. Apa yang penting, caranya mudah je. 

Betul ke 4 cara ni boleh halang gigi dari rosak dan berbau?
Betul ke 4 cara ni boleh halang gigi dari rosak dan berbau? 

1. Gigi harus digosok selama 2 minit. 

Ada kajian dari British Dental Health Foundation kata kebanyakan manusia ni kalau berus gigi tak lebih dari seminit dan ada yang paling lama pun hanya 45 saat je. So,  kalau korang nak gigi korang sihat, sepatutnya korang kena gosok selama 2 minit.

2. Guna ubat gigi yang ada fluorida.

Korang tau tak, fungsi dan kesan fluorida ni adalah untuk cegah gigi dari menjadi buruk. Sebelum korang beli ubat gigi, pastikan ubat gigi tu ada flourida atau tak dengan melihat dulu pada kotak ubat gigi. 

3. Elak terus menggosok gigi lepas makan, tunggu dahulu 1 jam baru gosok.

Wah, cikla baru tau kalau yang ni. Rupanya, enamel akan jadi lembut sebaik selepas korang makan nak nak pulak kalau makanan itu bergula. Kalau korang terus gosok gigi sebaik saja lepas makan, enamel pada gigi akan rosak, dan keadaan ini lama-lama akan jejaskan kesihatan gigi. So, masa yang bagus untuk gosok gigi adalah 1 jam selepas makan. Gituu.

4. Elak gosok gigi secara kasar. Gosok lembut-lembut je.

Jangan gosok kasar-kasar sebab perbuatan ni boleh menyebabkan kerosakan pada tisu di gusi.

Moga bermanfaat.

Kredit info dari telegram PetuadanKesihatan. 

4 comments: