Tayammum adalah menyapu debu ke muka dan kedua tangan sampai ke siku, menggunakan debu yang suci dengan beberapa syarat.
Tayamum adalah sebagai ganti dari wuduk atau mandi. Dari segi syarak adalah menggunakan tanah yang bersih dan suci seperti debu atau pasir bagi menyapu muka dan tangan untuk mengangkat hadas dengan persyaratan syarak sebagai pengganti wuduk atau mandi wajib (mandi junub).
Dengan bertayamum seseorang hanya boleh mengerjakan satu ibadah yang fardu saja dan ditambah dengan ibadah yang sunat-sunat.
Tayammum, ringkasan penting yang kita patut tahu. |
Seperti yang dinyatakan sebelum ni, anggota yang ditayammumkan hanya muka dan tangan. Namun, disunatkan melebihkan seluruh muka dan atas siku tangan. Tepuk debu sekurang-kurangnya 2 kali baru di sapu ke muka dan tangan.
HARUS hukumnya menyapu muka dan tangan secara berulang kali. SUNAT menyapu secara bersistem iaitu, tepuk tangan kiri, sapu tangan kanan dan sebagainya bergilir dan berhemah. Tepuk, sekurangnya 2 kali tepuk.
Niat tayammum dibuat sebaik sahaja menyentuh debu ketika menepuknya. Ketika solat Jumaat, khatib yang sudah bertayammum untuk kutbah, perlu bertayamum lagi untuk solat Jumaat.
Lafaz niat tayammum yang sah;
1. "Sahaja aku bertayamum bagi membolehkan fardu solat/fardu tawaf kerana Allah Taala."
Atau,
"Sahaja aku bertayammum bagi membolehkan fardu solat kerana Allah Taala."
Niat ini hanya boleh digunakan untuk SATU solat fardu atau tawaf atau baca quran dan BEBERAPA solat sunat tiada waktu. Misalnya:- sunat Tasbih, sunat Hajat dan sunat Istiharah. Solat sunat Dhuha, Tahajud, Qabliah dan Baqdiah adalah solat sunat berwaktu.
2. "Sahaja aku bertayamum bagi mengHARUSkan solat kerana Allah Taala."
Maka, boleh buat sekali semua solat sunat berwaktu, tawaf sunat dan semua solat sunat tiada waktu. Solat, tawaf, khutbah FARDU tidak boleh.
3. "Sahaja aku tayamum bagi mengharuskan fardu solat kerana Allah Taala."
Ini untuk solat sunat dan fardu. Boleh juga digunakan untuk sujud tilawah, sujud syukur, beriktikaf dalam masjid. Jika tiada air untuk mandi wajib, walaupun sudah kering haid, tayammum dengan niat di atas boleh digunakan bagi membolehkan persetubuhan dengan suami.
4. "Sahaja aku tayamum untuk menyentuh Al Quran, kerana Allah Taala."
Maka, dibolehkan menyentuh Al Quran dan lain-lain perkara sunat sahaja. Manakala, lafaz niat yang tak sah;
"Sahaja aku tayamum kerana Allah Taala."
TIDAK SAH untuk mengerjakan perkara sunat dan fardu.
Beberapa perkara penting.
- Bagi Solat QADA, hukum tayammumnya sama seperti solat fardu iaitu setiap satu Qada, sekali tayammum.
- Jika terlepas solat sunat qabliah subuh, ianya boleh dibuat SELEPAS solat fardu subuh tanpa niat qada sebab masih ada waktu subuh.
- Selepas tayammum, kerjakan dulu solat fardu. Tayamum semula untuk solat sunat Qabliah dan Baqdiah = Mazhab Hambali
- Bagi mengerjakan solat jamak pula, dibolehkan terus mengambil tayammun DUA kali dalam satu waktu. Ini dinamakan waktu Uzrin iaitu kerana ada terdapat waktu asar dalam waktu zohor dan waktu isyak dalam waktu maghrib. Jamak taqdim sahaja dibolehkan termasuk hari Jumaat.
- Bagi jenazah yang belum di mandikan kerana ketiadaan air, ditayammumkan sahaja sebelum disolatkan jenazah tersebut.
- Bagi orang yang kencing tidak lawas, selalu terkentut dan luka, maka tayammum untuk solat jenazah hanya boleh dibuat setelah sampai jenazahnya.
- Bagi seseorang yang mengambil wuduk menggunakan spray air, biarkan air yang di spray MENGALIR dahulu baru digosok ke anggota wuduk.
Moga bermanfaat.
Kredit sumber : USTAZ RADHI IDRIS.
No comments:
Post a Comment