Siapa ada masalah kuku macam putih-putih pastu rapuh? Kadang kita tak tau pun kan apa punca leh jadi gitu. Dan lebih meyedihkan, keadaan ni akan mempengaruhi penampilan kita. Betul tak?
Korang tau tak, kuku ni bukan sekadar untuk menambahkan "kecantikan, penampilan kita, tapi ada fungsi yang lebih penting kuku ni adalah untuk melindungi jari tangan dan kaki kita.
Iyelah, cuba korang bayangkan kalau korang takde kuku kat tangan dengan kaki tu, dah sah-sah korang mudah alami kecederaan, infection, tekanan dan sebagainya.
Lepas tu pulak, dekat kuku jugak ada satu lapisan protein yang dipanggil keratin yang nertanggungjawab hasilkan sel penting pada rambut dan kulit jugak.
Makanya, kalau keratin ni alami keabnormalan, so risiko untuk kuku korang rapuh lebih tinggi so benda ni inilah menyebabkan kuku mudah patah, pecah dan rosak.
Apakah punca kuku jadi rapuh dan rosak?
1. Kurang mineral dan vitamin.
Biasanya, kuku yang rapuh sampai mudah patah, pecah atau rosak mostly dikaitkan dengan kadar zat zink dan zat besi yang sangat rendah dalam tubuh badan kita.
Sebab, kedua-dua mineral penting dalam pembentukan hemoglobin, iaitu protein yang terkandung di dalam sel darah merah. Tugas dia adalah mengangkut oksigen dari paru-paru ke seluruh tubuh badan termasuklah ke dalam kuku dan tanpanya, kuku akan lebih mudah rosak.
Selain itu, kuku rapuh juga disebabkan oleh kurangnya vitamin C, vitamin B, folat dan kalsium yang dah tentu jadi punca utama kuku rapuh.
2. Jangkitan bakteria dan kulat.
Sebenarnya, jangkitan pada kuku itu adalah salah satu keadaan dermatologi yang paling biasa jadi dan kebanyakannya disebabkan oleh bakteria dan kulat.
Bakteria dengan kulat ini biasa akan wujud kat kawasan yang lembap dan kotor macam stoking atau kasut yang digunakan dekat dengan kuku.
So, ia seterusnya akan membuatkan bakteria ni semua lagi mudah serang pastu membiak kat kawasan sekitar kuku sekaligus jadi punca pada masalah inilah.
So, korang kena selalu check kuku korang. Kalau ada apa-apa perubahan tak normal pada tekstur atau warna kuku, cepat-cepat pi jumpa doktor naa.
3. Stres.
Ya, stres adalah punca kepada banyak kondisi termasuklah kuku rapuh kerana ia akan mengganggu proses pertumbuhan kuku baru untuk ganti yang lama.
Buat anda yang belum tahu, kuku jari tangan akan tumbuh sekitar 1 milimeter per minggu manakala kuku jari kaki pula adalah 2 kali ganda lebih perlahan.
Sekiranya individu itu stres, ia mungkin akan mempercepatkan proses pertumbuhan itu lalu membuat ia menjadi tidak terkawal dan membawa masalah kuku rapuh.
Selain itu, stres juga akan memicu tabiat luar sedar seperti menggaru, menggosok atau menggigit kuku yang tentu sahaja akan mengakibatkan masalah kuku.
Inilah punca kenapa kuku jadi rapuh dan rosak yang mungkin korang belum tahu. Sumber Hello Doktor |
4. Kekurangan oksigen.
Oksigen memang sangat diperlukan di dalam tubuh badan manusia termasuklah kuku kerana kekurangannya akan menyebabkan pelbagai masalah.
Seperti contoh, kuku yang kurang oksigen mungkin akan mengalami clubbing nails di mana kuku mencembung, melengkung dan membulat tanpa sudut.
Sekiranya oksigen tidak diterima pada masa lebih lama pula (hipoksia kronik) khususnya pada jari, maka ia akan menyebabkan pembuluh darah mengembang.
Kesannya, ia adalah kekal dan selain membawa kelainan seperti kuku jari yang rapuh, ia juga akan menyebabkan masalah kepada organ jantung dan paru-paru anda.
5. Usia.
Akhir sekali, tentu sahaja faktor usia atau penuaan ini akan menyebabkan pelbagai jenis perubahan yang berlaku pada segenap aspek tubuh badan kita semua.
Perubahan yang melibatkan fizikal dan mental ini turut akan terjadi pada kuku di mana ia akan membuat kuku jadi lebih rapuh dan kondisinya tidak lagi seperti semasa anda di usia muda.
Apa yang mungkin berbeza adalah di mana kuku tangan mungkin akan lebih nipis manakala kuku kaki pula akan lebih tebal. Namun, kedua-duanya adalah masalah pada kuku.
Konklusinya, kuku itu adalah sangat penting untuk kita jaga bukan sahaja untuk sebab kebersihan dan kecantikan, malahan juga kesihatan yang sering kali kita semua abaikan!
Kredit : HELLO DOKTOR
No comments:
Post a Comment