Apakah maksud riak yang sebenarnya ye?
Riak tu adalah sifat di mana seseorang membuat sesuatu perkara yang baik dengan niat nak menunjuk-nunjuk. Dia buat 'baik' tu niat dia sebab nak orang puji dia.
Ehh apa beza riak dengan takabbur eh?
Kalau korang nak tau, takkabur tu lebih cenderung kepada perkataan. Perkataan yang keluar dari mulut dia menunjukkan betapa angkuhnya dia.
Sebenarnya riak ni boleh dikategorikan sebagai masalah hati yang susah nak dilihat dengan mata kasar, umpama seekor semut hitam merayap dalam kegelapan.
Sikap riak adalah diharamkan dan pelakunya sangat dibenci Allah S.W.T. Dalam al-Quran surah al-Maun ayat 4-6, Allah S.W.T. telah mencela hambaNya supaya tak melakukan ibadah dengan tujuan untuk berbangga.
“Maka celakalah bagi orang-orang yang solat. (iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya. (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya).”
Apakah pulak jenis-jenis riak?
Berdasarkan Imam Al-Ghazali melalui kitabnya Ahya'ulumidddin ada 5 jenis riak, iaitu;
1. Riak dalam perbuatan.
2. Riak tubuh badan.
3. Riak dalam pakaian.
4. Riak dalam ucapan.
5. Riak dengan memperbanyakkan sahabat.
Tanda-tanda riak adalah malas ketika dia bersendirian, bersemangat ketika berada dengan ramai orang, bertambah amalannya kalau dipuji tapi berkurang amalannya kalau tak mendapat pujian.
"Tiada sesiapa pun yang dikecualikan daripada terjerumus ke dalam sifat riak. Golongan alim ulama pun cenderung untuk bersifat sebegini jika hatinya terpesong walaupun sesaat. " - Pendakwah Hamizul Abdul Hamid.
Apa yang penting, betulkan niat dalam segala perbuatan dan amalan kita. Niat ikhlas semata-mata kerana Allah. Jauh sekali dengan niat untuk bermegah-megah. Seorang sahabat pernah bertanya,
“Wahai Rasulullah, dengan apa kita boleh selamat dari penyakit riak ini?”
Baginda menjawab,
“Iaitu jika seseorang hamba melakukan perbuatan ketaatan dan diniatkan hanya kerana Allah S.W.T. bukan mengharapkan pujian dari sesama manusia.”
Manakala dalam pesan yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Bahawa sesungguhnya setiap sesuatu perbuatan itu mestilah dengan niat dan tiap-tiap sesuatu perbuatan itu dinilai mengikut apa yang diniatkan.”
Kesimpulannya, riak adalah salah satu sifat yang tercela. Moga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment