Apakah erti dan nilai bahagia sebenarnya?

Sebenarnya, nilai bahagia atas setiap kita berlainan. Dan, takkan pernah sama. Untuk setiap kita, pastikan ada Allah beri kebahagiaan yang berbeza. 

Ada orang bahagianya dengan kerja yang dia ada. 

Ada yang bahagianya dengan rumah yang dia miliki. 

Ada yang bahagia dengan pendapatan tinggi yang dia usahakan.

Ada yang bahagia sebab dah berkahwin. 

Ada yang bahagia dengan anak yang seorang. 

Ada pula yang bahagia dengan anak yang ramai. 

Ada juga yang bahagia sebab masih ada ibu bapa hidup bersama. 

Ada yang bahagia bila dia masih hidup hari ini selepas pagi tadi kemalangan teruk yang boleh meragut nyawa dia. 

Apakah erti dan nilai bahagia sebenarnya?
Apakah erti dan nilai bahagia sebenarnya? Gambar kredit Google.

Maksudnya bahagia ini pasti akan ada pada setiap daripada kita, cuma ia berbezalah. Kita sendiri yang kena tahu bahagia apa yang Tuhan beri pada kita. 

Namun banyak yang terjadi hari ini, kita terlalu melihat apa yang ada pada orang lain. Hal yang menjadi kebahagiaan orang itu yang kita nak ada pada kita. Sedangkan yang ada pada kita selama ini, tak ada pun pada orang lain. 

Kita suami isteri ada kerja yang bagus, gaji yang besar, cuma mungkin suami kita malas bantu kerja rumah. Sepatutnya kita berbahagialah dengan apa yang ada dulu. .

Kita sibuk banding dan perhatikan suami orang lain. Yang rajin tolong itu ini. Sedangkan suami orang tu tak ada kerja, syarikat dia kerja tutup, jadi banyak masa dia di rumah. Begitulah lebih kurang. 

Maka sebab itu, mencari bahagia itu bukan di luar sana. Tapi cari apa yang ada dekat diri sendiri. Syukuri apa yang kita ada, itulah bahagia. Sekali pun hal yang kecil, itu juga bahagia. Kita hargai dulu semua hal itu, percayalah nanti Allah akan beri lebih. 

Itukan janji Dia? Itulah.

Kredit : Penulis asal.

1 comment:

  1. Alhamdulillah merasa perasaan bahagia juga satu rezeki

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (449) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews