Rasa down sebab jerawat? Meh baca ni.

Jerawat, walaupun benda ni biasa berlaku pada kebanyakan orang terutama pada usia remaja, tapi kalau dibiarkan begitu saja akan mempengaruhi penampilan dan seterusnya buat kita hilang keyakinan lebih-lebih lagi kalau berhadapan dengan orang lain. Betul tak? 

Jerawat atau Acne Vulgaris ni jadi bila minyak atau sel-sel kulit mati telah menyumbat liang-liang kulit kita. 

Keadaan ni akan menyebabkan kulit alami jerawat ringan seperti bintik putih atau hitam, jerawat sederhana iaitu jerawat dengan bintik putih atau hitam dan jerawat yang teruk dengan bengkak yang dalam dan menyakitkan di bahagian bawah kulit sama ada bernanah atau tak.

Macam yang cikla mention kat atas tu, jerawat ni jadi bila minyak dan sel kulit mati tersumbat di liang kulit dan ia boleh menjadi lebih teruk bila kuman atau bakteria masuk ke dalam liang tersebut. 

So, kulit akan jadi kemerahan, bengkak dan nanah jugak akan terhasil. 

Rasa down sebab jerawat? Meh baca ni.
Rasa down sebab jerawat? Meh baca ni. Kredit Google.

Sebab lain jerawat tumbuh adalah berlakunya perubahan hormon, biasanya jadi pada remaja yang baru memasuki akil baligh sebab keadaan kulit mereka akan lebih berminyak. 

Ada yang kata jerawat ni boleh jadi disebabkan oleh keturunan dan boleh diwarisi. Maksudnya, kalau ibu atau bapa ada jerawat potensi anak mereka mempunyai jerawat juga tinggi. 

Namun, ada jugak yang dapat jerawat kesan dari penggunaan produk skincare yang tak sesuai dengan kulit, contohnya penggunaan cleanser yang berasaskan minyak.

Nak tau apa jenis-jenis jerawat?

  1. Whitehead - jadi bila tersumbatnya liang kulit, cuma bezanya dia belum lagi dimasuki kuman atau bakteria. Rupa dia seakan-akan warna kulit dan melihatnya sebagai benjolan sikit dan bahagian atas benjolan tak terbuka.
  2. Blackhead - keadaan hampir sama dengan whitehead cumanya beza yang ketara adalah jerawat blackhead bahagian atasnya terbuka. So, keadaan ni akan mendedahkannya kepada udara dan bila pengoksidaan berlaku makanya akhirnya ia akan jadi kehitaman. 
  3. Papules - ia wujud bila sama ada whitehead atau blackhead alami radang atau kemerahan tapi belum lagi bernanah. Ia berwarna merah, namun agak lembut dan saiznya lebih kurang beberapa cm.
  4. Pustules - ia jerawat yang biasa kita tengoklah. Ia kesan dari jangkitan bakteria dan dalam keadaan merah, keras dan bernanah. 

Rasa down sebab jerawat? Meh baca ni.
Rasa down sebab jerawat? Meh baca ni. Kredit Google.


Tip penjagaan muka berjerawat.

  1. Minum air secukupnya.
  2. Elak stress dan sentiasa relaks.
  3. Lebihkan sayur dan buah dalam menu harian.
  4. Cuci muka dengan air bersih.
  5. Jangan picit jerawat untuk elakkan dia jadi lebih teruk.
  6. Buat perawatan muka secara rutin supaya jerawat cepat sembuh.

Moga bermanfaat.

Kredit : Diari Doktor (sharing dari Dr Rushmini Maris Ismail)

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (449) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews