'santai tapi sampai'

Ada masanya tetiba je rasa macam susah nak nafas kan? Cikla pun pernah kena jugak. Kadang tak buat kerja berat pun boleh rasa camtu gak. Mem...

Pernahkah korang rasa jantung berdegup terlalu laju sampai korang rasa sesak nafas? Korang kena baca ni.

Ada masanya tetiba je rasa macam susah nak nafas kan? Cikla pun pernah kena jugak. Kadang tak buat kerja berat pun boleh rasa camtu gak. Memula kena tu mungkin sebab cikla kan hypothyroid, so memang ada masanya simptom hyper pun boleh jadi jugak. Tapi tak selalulah. 

Hurmm, korang pernah kena camtu tak? Kalau pernah,  dan korang takde masalah hypo atau hyperthyroid pun better korang pergi check doktor. Sebab, ada yang kata mungkin itu keadaan yang dinamakan aritmia jantung.

Korang tau tak apa itu Artima ? Artmia adalah masalah pada jantung yang jadi masa organ tersebut berdegup terlalu cepat, terlalu lambat, atau tak teratur. Benda ni jadi sebab impuls elektrik yang berfungsi mengatur degup jantung tak bekerja dengan baik.

Pernahkah korang rasa jantung berdegup terlalu laju sampai korang rasa sesak nafas? Korang kena baca ni.
Pernahkah korang rasa jantung berdegup terlalu laju sampai korang rasa sesak nafas? Korang kena baca ni. Gambar kredit Google.

Sebenarnya, kadar denyutan jantung normal ni dalam lingkungan 50-100 denyutan per minit tau. Namun, aritmia tak semestinya perlu berlaku sekali gus. Dia ni boleh jadi dengan kadar denyutan jantung normal atau dengan kadar denyutan jantung yang perlahan atau lebih dikenali sebagai bradiaritmia iaitu kurang daripada 50 denyutan per minit. Aritmia jugak boleh terjadi dengan kadar denyutan jantung pantas atau dikenali sebagai takiaritmia iaitu laju daripada 100 denyutan per minit. 

So, apa penyebab Aritma ni pulak ye?

Kalau korang nak tau, Aritmia boleh terjadi disebabkan oleh faktor-faktor ini, termasuklah penyakit koronori arteri, elektrolit dalam darah tak seimbang seperti sodium atau kalium, berlaku perubahan dalam otot jantung. kecederaan daripada serangan jantung dan proses penyembuhan selepas pembedahan jantung.

Pernahkah korang rasa jantung berdegup terlalu laju sampai korang rasa sesak nafas? Korang kena baca ni.
Pernahkah korang rasa jantung berdegup terlalu laju sampai korang rasa sesak nafas? Korang kena baca ni. Gambar kredit Google.

Kalau nak tau lebih detail elok tanya pada yang pakar. Apa yang penting alert pada perubahan diri kita. Kalau sayang diri tu dan rasa ada yang tak kena, better go check dengan doktor sebab kalau ada apa-apa masalah boleh dapatkan rawatan. Jangan biarkan sampai melarat, menyesal pun tak guna kan.

Moga perkongsian ini memberi manfaat pada semua.

4 comments:

  1. Kalau sakit tu sampai senak rasa dada tu sama ka Cik La?

    Lama betul tak leh komen kat blog Cik La ni

    ReplyDelete
  2. Terima kasih di atas perkongsian ilmu

    ReplyDelete