Para suami wajib baca ni.

Kalau pendapatan suami tak mampu untuk sara keluarga dan nak isteri tolong "topup" kan mana yang terkurang, maka jaga 7 perkara ni:

Gambar diubahsuai dari Canva.com

1. Jangan terus suruh isteri bayar apa yang kita tak mampu bayar.

Duduk berbincang, senaraikan komitmen bulanan. Jujur dengan pendapatan, berapa yang kita dapat tanpa ada extra income, berapa yang kita dapat dengan extra income, lepastu tunjuk berapa baki setelah pendapatan tu ditolak dengan komitmen serta ansuran bulanan.

Kalau negatif, negatif lah. Kita nak isteri tengok unjuran kewangan keluarga kita jika hanya kita seorang saja yang cover bayar semua walaupun isteri ada pendapatan.

2. Mintak izin dan redha isteri kalau nak dia bantu.

Bila kita ada plan kewangan kita, kita buat bajet dan isteri pun nampak semua perancangan tu, insyaAllah, dia akan bantu, cumanya kita sebagai suami kena mintak izin dan redha isteri untuk dia bagi bantuan tersebut.

Dia kena redha dan rela hati untuk bantu, jangan paksa, jangan suruh, minta elok-elok.

3. Bantuan isteri tak boleh lebih 50%.

Bila isteri nak bantu, maka jangan minta isteri bantu lebih dari 50%, meaning that isteri tu pula kena keluarkan duit lebih dari kita, kita pulak yang kurang keluarkan duit.

Maka itu bukanlah namanya kita menggunakan bantuan isteri, tapi kita mengalihkan atau memindahkan bebanan kita, tanggungan kita kepada isteri.

Bantuan isteri tu hanya untuk topup mana yang tak cukup, bukan ambik alih atau tanggung semua.

4. Jangan tambah komitmen tanpa pengetahuan isteri.

Kalau rasa lapang bila dibantu, kalau rasa ada duit lebih bila dibantu, maka jangan sewenang-wenangnya menambah komitmen dan ansuran bulanan tanpa pengetahuan isteri.

Jangan upgrade lifestyle, jangan tambah hutang, jangan bermewahan sebab kita tu "nothing" tanpa dibantu isteri dan jika isteri tarik balik bantuan, maka kita takkan ada duit lebih atau rasa lapang.

Kekalkan atau habiskan komitmen yang ada.

5. Ambik semula tanggungan apabila mampu.

Bila pendapatan kita sebagai suami dah ada lebihan, macam ada OT ke, bonus ke, extra income ke, maka ambil semula apa yang dibayar isteri, kita bayar guna pendapatan kita.

Jangan biarkan isteri terus bantu di kala kita dah mampu untuk bayar sendiri.

6. Bersyukur bila dibantu, jangan buat perangai.
Kesedaran diri tu sangat penting. Kalau tak mampu, buat cara tak mampu. Kalau dibantu, buat cara dibantu.

Tak payah nak buat perangai, tak payah nak curang bagai. Jangan berat tulang, jangan buat perkara yang boleh menyakiti hati pasangan.

Pasangan bantu kita, kita bantu dia balik dalam cara yang kita boleh seperti mengurangkan bebanan kerja rumah dia, beneficial for each other.

7. Hargai bantuan yang di hulurkan isteri.

Hargai isteri, sesekali tu bawa la dia makan diluar, bagi dia kejutan, kumpul duit dan bawa dia berjalan.

Tambah kasih sayang dan cinta terhadap isteri sebagai salah satu cara kita berterima kasih kepada dia kerana sanggup bantu kita, keluar duit untuk kita asbab kita kurang berupaya dan berkemampuan utk tanggung dan bayar semua.

Sekian, semoga bermanfaat.

Perkongsian dari UAI.
- Dr. Azila Mohd Kasim -

#copyandpaste

1 comment:

Powered by Blogger.