22 March 2022

Nak tau tak beza antara selsema, flu, alahan dan covid19? Jom baca ni sampai habis.

Sebenarnya keadaan selsema, flu, alahan rhinitis termasuklah covid19 adalah hampir serupa tapi tak sama disebabkan beberapa perbezaan iaitu punca dan simptom yang membezakan keempat-empatnya. 

Satu persamaannya adalah kesemuanya menyerang bahagian badan yang sama iaitu sistem pernafasan manusia. 

So, apakah perbezaan punca 4 jenis penyakit ini?

  1. Selsema biasa berlaku kesan dari jangkitan virus bernama rhinovirus yang mana ia boleh berjangkit dari satu individu ke individu yang lain melalui udara dan kontak rapat. 
  2. Flu terjadi bila wujudnya jangkitan vitus bernama influeza yang juga boleh berjangkit dari individu ke individu yang lain juga melalui udara serta kontak rapat.
  3. Alahan rhinitis berlaku adalah kesan alergen yang terdapat di udara seperti habuk, debu, pasir, asap, debunga, bulu haiwan dan lain-lain.
  4. Covid19 pula adalah berpunca dari virus korona yang boleh merebak melalui udara, sentuhan dan titisan sesama individu.

Walaubagaimanapun, simptom keempat-empat penyakit ini dikatakan sama iaitu hidung tersumbat dan berair. Namun sebenarnya ada perbezaan tau. Jom teruskan pembacaan korang kalau nak tau. 

Simptom

Selesema

Flu

Alahan rhinitis

COVID-19

Demam

Jarang

Ya, terutamanya bagi golongan kanak-kanak

Tiada

Ya, dengan suhu yang tinggi

Pening kepala

Jarang

Ya

Jarang

Ya

Sakit tekak

Ya

Jarang

Jarang

Ya

Sakit dada

Tidak teruk

Ya

Jarang, kecuali bagi penghidap penyakit asma

Ya

Lenguh badan

Tidak teruk

Ya, kebiasaannya teruk

Tiada

Ya

Lemah badan

Jarang

Ya, boleh berlanjutan sehingga berminggu

Jarang

Ya

Penat badan

Tiada

Ya, pada permulaan jangkitan berlaku

Tiada

Ya

Hidung berair dan tersumbat

Ya

Jarang

Ya

Ya

Bersin

Ya

Jarang

Ya

Jarang

Batuk

Ya

Ya, kebiasaannya teruk

Jarang

Ya, kebiasaannya kering


Nak tau tak beza antara selsema, flu, alahan dan covid19? Jom baca ni sampai habis.
Nak tau tak beza antara selsema, flu, alahan dan covid19? Jom baca ni sampai habis. Kredit Google.

Akan tetapi, simptom bagi wabak covid19 jugak datang dengan beberapa simptom lain seperti hilang deria rasa dan bau, mual, muntah, cirit-birit, kelesuan dan sakit tekak. 

So, simptom covid19 jugak membawa kesan yang paling teruk antara  3 yang lain dan perlu segera mendapatkan rawatan. 

Tapi, penyakit lain janganlah pulak korang sambil lewa sebab ia jugak berisiko menyebabkan komplikasi.

Kredit info : HELO DOKTOR

4 comments: